Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, May 19, 2019

Review Nasi McD

https://www.mcdonalds.com.my/promotion/istimewa-ramadan

Nasi McD sempena Ramadan ini adalah hidangan kombo yang disertakan air dan kuah kari seperti dalam gambar.

Kesedapan: 4.5/5
Memang sedap, kuah kari itu sedap macam kuah kari kat restoran mamak.

Kepuasan: 4.5/5
Alhamdulillah hidangan ini mengenyangkan. Boleh dikatakan hidangan yang complete juga sebab ada semua nasi, ayam, sayur, kuah dan air.

Harga: 4/5
Order melalui foodpanda. Ada promosi free delivery sempena Ramadan dari 6 petang ke 6 pagi. Ditambah guna promo kod untuk weekend jadi dapat discount 50%, alhamdulillah.

Gunakan kod ini https://fdpnda.app.link/UAxIZJCGzW untuk dapatkan diskaun RM15 di foodpanda.

Markah keseluruhan: 13/15 
87% (Gred A)

Thursday, March 21, 2019

Review Nasi Kandar Marrybrown

https://www.marrybrown.com/

Marrybrown Nasi Kandar Set

Kesedapan: 4/5
Memang sedap, kuah itu rasa macam kari di restoran mamak. Ayam goreng itu pon sedap. Memang terasa macam makan kat mamak. Bendi itu mungkin boleh dipotong lebih nipis. Air itu terasa eksklusif sebab ada daun pudina dan limau nipis.

Kekenyangan: 4/5
Memang mengenyangkan. Ada nasi, ayam, telur, sayur, papadom dan air sedap. Hidangan yang memang complete.

Harga: 3/5
Combo atau set ini berharga RM13.90 termasuk SST, yang mana terasa agak mahal bagi saya. Tapi dengan hidangan yang complete dan mengenyangkan macam ini, saya rasa berbaloi, alhamdulillah.

Markah keseluruhan: 11/15
Peratus: 73% (Gred B)

Bonus: Boleh download kupon bajet jimat Marrybrown di sini https://www.marrybrown.com/online-coupon/
Banyak juga yang best tu.

Wednesday, January 9, 2019

Review KFC Parmesan Truffle Crunch


2-pc Kombo: 2 ketul ayam, 1 coleslaw (R), 1 mashed potato (R), 1 air (R), 1 bekas shredded parmesan cheese (seperti di atas)

Kesedapan: 4.2/5
Ayam itu memang sedap, ada rempah macam daun warna hijau tak pasti daun apa. Kemuncaknya bila ada rasa cheese parmesan masa makan ayam itu, alhamdulillah.

Kekenyangan: 4/5
Memang agak mengenyangkan. Jika ditambah roti butterscotch mungkin lebih bertambah mengenyangkan.

Harga: 3.5/5
Kombo ini berharga RM15 termasuk SST dan terasa agak mahal.

Jumlah markah: 11.7/15
78% (Gred B)

Overall, ayam itu memang sesuatu yang baru dan sedap.

Monday, January 7, 2019

Review McD Prosperity Burger (Beef)

https://www.mcdonalds.com.my/prosperity

https://www.mcdonalds.com.my/prosperity

Markah kesedapan: 4.2/5
Semua dalam kombo ini sedap, burgernya, kentang itu dan air itu rasa macam oren jus minute maid.

Markah kenyang: 4/5
Alhamdulillah, memang mengenyangkan walaupun burger itu saiz sederhana.

Harga kombo ini yang saiz regular ialah RM16 termasuk SST, agak mahal sikit.
Markah harga: 3.5/5

Jumlah markah: 11.7/15
78% (Gred B)

Overall, kombo ini agak baik dan lagi 2% je untuk dapat gred A.

Review Nasi Pilaf Ayam Mentega Kedai Ayamas


Lokasi: Kedai ayamas.

Markah kesedapan: 4.5/5 Memang sedap ada rasa mentega pada ayam dan nasi

Markah mengenyangkan: 3.9/5 Alhamdulillah, memang mengenyangkan walaupun portionnya sederhana

Harga: RM 8 Markah harga: 3.8/5

Jumlah markah: 12.2/5 81% (gred A)

Bolehlah cuba di mana-mana kedai ayamas.


Thursday, December 13, 2018

Review KFC Zinger Waffle Burger

https://kfc.com.my/self-collect/menu/for-one/burgers

Kombo ini datang sekali dengan fries (R) dan air (R).

Kesedapan: 3.5/5
Agak sedap juga terutama daging zinger dan kepingan daging itu

Kekenyangan/ kepuasan: 3.8/5

Saiznya agak besar dan mengenyangkan

Harga: 3.5/5

Jika tak silap harganya ialah RM13.50 (untuk ala carte) dan RM16.90 untuk kombo ini. Agak mahal sedikit.

Jumlah: 10.8/15

72% (Gred B)





Tuesday, November 27, 2018

Review KFC Loaded Go Bowl Cheezy

https://kfc.com.my/self-collect/menu/for-one/bowls

Kesedapan: 4/5

Kekenyangan/ Kepuasan: 3.8/5

Harga: 4/5

Jumlah: 11.8/15

78% (Gred B)

Memang sedap, simple dan harga berpatutan.

Saturday, November 24, 2018

Review Makanan: KFC Spicy Gochujang Crunch 2-pc Combo Dine-in

https://kfc.com.my/delivery/item/spicy-gochujang-a

Apa yang anda dapat:
2 pieces of chicken, Spicy Honey Gochujang sauce, coleslaw (R), whipped potato (R), air tropicana tropical (R).

Markah kesedapan: 3.8/5 

Ayam KFC itu rasa sedap macam ayam KFC kebiasaannya. Begitu juga coleslaw dan whipped potato itu. Sos spicy honey gochujang itu rasa ok bagi saya, ada rasa pedas-pedas sikit, manis sikit dan memang rasa macam sos gochujang. Satu box kecil sos itu yang diberi terasa agak banyak juga. Bagi saya boleh jadi lebih sedap jika ada cheese dlm sos itu atau cheese yang disediakan berasingan. 

Markah kepuasan/ kekenyangan: 3.9/5

Memang kombo ini boleh mengenyangkan dan boleh dikatakan agak lengkap dengan tambahan whipped potato dan coleslaw itu. 

Markah harga: 3.9/5

Jika tak silap harga kombo ini RM16.90 (belum termasuk SST 6%). Harga ini bagi saya agak sedikit mahal. Lagi terasa mahal lepas masuk SST.

Jumlah markah: 11.6/15
Peratus: 77.3% (Gred B)



Friday, August 28, 2015

Review: KFC Masak Merah Rice Wrap

http://www.kfc.com.my/promotion/masak-merah-rice-wrap/

Kini giliran promo terbaru KFC ini pula yang akan direview.

Lokasi: KFC Alpha Angle, Aeon Wangsa Maju


Dalam Kombo ini anda akan dapat:

1. Masak Merah Rice Wrap saiz Jumbo

2. Fries saiz regular

3. Air 7 Up saiz regular


Kesedapan:

Masak merah Rice Wrap itu agak sedap. Saiznya memang lebar dan tak begitu panjang. Sos masak merah itu agak sedap dan sedikit lebih pedas dari jangkaan awal. Ia pedas tapi tidaklah pedas sangat. Nasi, kepingan ayam dan timun dalamnya itu pon ok. Roti wrap tu lembut je. 

Fries itu memang sedap dan agak rangup.

Air 7Up macam biasa tapi rasa seperti agak terlebih manis. 

Markah kesedapan: 2.9/5


Kekenyangan:

Lepas habis makan semuanya, rasa just mengenyangkan je.  

Markah untuk kekenyangan: 2.9/5



Harga:

Harganya termasuk GST 6% ialah RM 8.90, agak berpatutan juga.

Markah harga: 3.9/5


Markah keseluruhan: 9.7/15
Peratus: 64.7%
Gred: B


Komen:

Rice wrap itu mungkin bersaiz jumbo tapi rasanya ia mungkin boleh bersaiz lebih besar lagi sikit. Air 7Up itu terasa agak terlebih manis, mungkin KFC boleh bagi pilihan air Revive atau 100Plus. Secara keseluruhan, kombo ini agak sedap dan agak mengenyangkan. Alhamdulillah.


Ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja, ia mungkin berbeza bagi individu yang lain.


Tuesday, July 7, 2015

Review: Texas Chicken Malaysia Raya Samplers Combo A

http://www.texaschickenmalaysia.com/promotions.html

Kebanyakkan orang yang tengok gambar iklan di atas mungkin tertanya-tanya, makanan banyak itu RM10.90 je ke. Iklan itu macam misleading sikit kan. Nasib baik ada tulisan 'from only'. Sebenarnya ada 3 combo untuk Raya Sampler ini dan di sini saya akan review combo yang paling murah antara tiga itu iaitu Combo A yang memang berharga RM10.90.

Apa yang akan anda dapat untuk Combo A ialah:

1. Seketul ayam (saya pilih bahagian thigh. Ayamnya sederhana tak kecil dan tak terlalu besar, ok la sedang)

2. Beberapa ketul (tak ingat berapa ketul, mungkin 2) Chicken Tender (kepingan daging ayam, mungkin bahagian dada, tanpa tulang)

http://www.texaschickenmalaysia.com/menu-chicken-tenders.html

3. Beberapa ketul (tak ingat dia bagi berapa, 3 ketul rasanya) Jalapeno bombers 

http://www.texaschickenmalaysia.com/menu-sides-jalapeno-bombers.html

4. Beberapa biji (tak ingat berapa, mungkin 3) Honey-Butter biscuits

5. Satu Air berkarbonat/ lemon iced-tea. Saya pilih iced lemon tea sebab air gas too mainstream. Rasanya cup air itu lebih besar sedikit dari cup air regular KFC.

Dan beberapa peket sos cili dan tomato Kimball. Dipping sos tak dapat sebab dah habis katanya.

Untuk Combo A, tiada fries, nugget, cinnamon apple crescents dan coke cooler bag seperti yang ada dalam gambar di atas.


Kesedapan:

Ayam gorengnya sedap, rasa lebih kurang sama macam ayam goreng KFC original, cuma yang ini warna gelap sikit (rujuk gambar di atas) dari KFC punya. Saiz ayam bahagian thigh ok dan memuaskan.

Rasa Chicken Tender biasa, dagingnya seperti diambil dari bahagian dada.

Apa yang saya rasa bila makan Jalapeno bombers ialah rasa pedas dari Jalapeno tersebut. Rasa pedas itu agak menutup rasa komponen yang lain yang ada dalam itu seperti cheese .

Honey-butter biscuits sedap, lain dari yang lain. Bahagian luar itu rasa madu dan dalam rasa butter. Cuma bahagian dalam rasa lebih seperti roti dari biskut.

Air iced lemon tea itu ok, biasa.

Markah kesedapan: 3.8/5


Kekenyangan:

Memang mengenyangkan. Walaupun satu sahaja ayam goreng, tapi side dishes itu mungkin membantu.

Markah Kekenyangan: 3.9/5


Harga:

Untuk Combo A, semua itu RM10.90 sahaja (harga sudah termasuk GST 6%=RM0.62). Harga untuk Combo B dan C tak ingat la, tapi yang pasti lebih mahal dari Combo A dan makanannya juga lebih.

Markah Harga: 3.9/5


Markah Keseluruhan: 11.6/15
Peratus: 77%
Gred: B


Bottomline:

Iklan gambar promosi ini agak mengelirukan pengguna, mungkin ini trick Texas Chicken, orang akan rasa harga murah itu untuk makanan yang banyak itu dan mendorong mereka untuk mencuba. Yang peliknya tiada juga perincian makanan dan harga untuk setiap combo di laman web Texas Chicken. Maknanya pengguna kena pergi sendiri ke restoran baru tahu apa makanan yang mereka dapat dengan harga itu.

Yang bagusnya, menu di Texas Chicken ini unik, berlainan dari restoran makanan segera yang lain dan agak sedap. Keseluruhannya, makanan dalam combo ini memuaskan, alhamdulillah. WAllahua'lam.

Monday, December 8, 2014

Review - KFC's Double Down Maxx

http://www.kfc.com.my/promotion/kfc-double-down-maxx/

Kesedapan: Keseluruhan makanan ini memang sedap, hash brown tu pon sedap, chipotle sos memang terbaik rasa macam cheezy sikit. 
Markah: 4.2/5

Kekenyangan: Memang mengenyangkan dan berbaloi. 
Markah: 4/5

Harga: RM 12.95 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren) + RM 0.84 (6% govt tax) = $ 14.80 . Ok lah harganya.
Markah: 3.7/5

Markah Keseluruhan: 11.9/15
Peratus: 79%
Gred: B

Apa yang boleh ditingkatkan: 
1. Ais diletak terlalu banyak dalam oren twister, bila sampai rumah ais dah cair dan  kurang rasa sebenar twister oren itu. 
2. Setiap kali takeaway, KFC mesti bagi satu bungkus je yang dalamnya ada tisu, sudu, satu peket kecil sos cili dan tomato. Mesti nak kena beritahu minta sos lebih. Saya rasa kebanyakkan rakyat Malaysia prefer sos cili dari sos tomato. Oleh itu, harap KFC dapat buat lebih banyak sos cili peket itu berbanding sos tomato peket. Jika pelanggan minta lebih sos cili, harap dapat bagi paling kurang 4 peket lagi.
3. Satu kekurangan hidangan di atas ialah tiada sayur. Tapi ada cheezy wedges dan hash brown yang dibuat dari ubi, jadi kira ubi tu sebagai sayurla. Jika nak letak sayur, mungkin boleh letak lettuce sikit.

Alhamdulillah, WAllahua'lam.

Tuesday, October 21, 2014

Review - KFC's Tokyo Black Pepper Mushroom Individual Combo

http://www.kfc.com.my/promotion/

Chicken Chop Combo B (Hot & Spicy)

Kesedapan: Ayam chicken chop tu agak besar dan memang sedap. Cendawan dan sos lada hitam juga sedap dan agak pedas sikit dan jadi lebih pedas ditambah dengan kepingan ayam hot & spicy itu. Rasa kuat lada hitam sedikit menutup rasa cendawan. Nasi seperti nasi putih biasa yang dimasak dengan baik. 
Markah: 3.8/5

Kekenyangan: Mengenyangkan dan sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang makan mesti nak ada nasi. 
Markah: 3.9/5

Harga: RM 13.90 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren) + RM 0.90 (6% govt tax) = $ 15.80 . Ok lah harganya.
Markah: 3.8/5

Markah Keseluruhan: 11.5/15
Peratus: 77%
Gred: B

Komen: Ais diletak terlalu banyak dalam oren twister, bila sampai rumah ais dah cair dan  kurang sikit rasa sebenar twister oren itu. Harap dapat letak lebih banyak shiitake mushroom dalam kuah lada hitam itu. Rasa sos lada hitam itu memang sedap tetapi sedikit menutup rasa cendawan itu. Mungkin boleh buat dan sediakan 2 sos berasingan, satu sos cendawan shiitake dan lagi satu sos lada hitam.

Pengguna: Alhamdulillah, secara keseluruhan hidangan ini sedap dan mengenyangkan.

Wednesday, October 1, 2014

Review - Tesco Online Shop

Hari itu saja nak cuba order barang dari Tesco Online. Free delivery dan online voucher RM10 membuatkan saya lebih berminat untuk mencuba beli di sini.

22 barang diorder dan lebih kurang sejam juga saya membeli-belah di Tesco online.
Beberapa kali saya cari barang di 'search'. Cari jam dinding memang tak jumpa. Rupanya lebih senang jika kita letak nama produk atau brand tersebut. Cara cari di 'search' ini mudah jika anda sudah tahu nama brand barang yang anda nak beli itu.

Tetapi bagi yang nak cari satu barang yang tidak tahu nama brandnya, cara paling senang ialah dengan menekan sub-tab/ bahagian barang di bawah 'Groceries'.

Contoh, jika saya nak cari telur sekarton, saya tekan sub-tab 'Fresh Food'. Kemudian, tekan 'Chicken Eggs'. Tukar 'Sort By' ke 'Price: Low to High' dan 'Go'. Dengan itu, lebih mudah untuk buat perbandingan harga sesuatu barang yang kita nak beli (rujuk gambar di bawah).

http://eshop.tesco.com.my/en-GB

http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Product/BrowseProducts?taxonomyId=Cat00002118&SortBy=PriceAscending

Apa yang boleh diperbaiki

Harap pihak Tesco Online dapat meletakkan lebih banyak details/ deskripsi pada produk-produk yang mereka jual. Kebanyakkan deskripsi yang sedia ada terlalu ringkas. Harap dapat letak deskripsi yang lebih lanjut seperti logo Halal, kandungan nutrisi dan bahan-bahan/ ingredients.  Harap dapat letak juga gambar bahagian depan dan belakang produk dengan lebih jelas  sehingga nampak logo halal, bahan/ ingredients dan kandungan nutrisi. 
   
Satu lagi kelemahan bila beli barang secara online ialah sukar nak bayangkan saiz sesuatu barang itu atau tak pasti besar mana sesuatu barang itu.

Contoh barang yang deskripsinya terlalu ringkas. Gambar depan sahja, tiada gambar belakang, tidak nampak logo halal, bahan-bahan dan nutrisi
http://eshop.tesco.com.my/en-GB/ProductDetail/ProductDetail/7003107469

Barang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran pula saya dapati terdapat penambahan harga dan berat berbanding dengan apa yang saya order. Hal ini boleh diterima asalkan lebihan berat dan harga sayur dan buah itu sedikit sahaja kerana memang susah nak buat berat buah atau sayur tepat 1 kg (contohnya). .

Kelebihan

Memang banyak pilihan produk dan brand yang ada di sini, jadi boleh buat pilihan nak beli yang mana.

Harga bebarapa barang terutamanya yang promosi sedikit murah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Laman webnya menarik, mudah difahami dan digunakan


Penghantaran barang

Order barang hari Ahad dan pilih untuk barang dihantar keesokan harinya (Isnin) jam 10 pagi - 12 tengahari. Keesokkan harinya (Isnin) barang telah sampai pada jam lebih kurang 1 petang, lewat lebih kurang sejam, tidak mengapa sebab ramai yang order bila free delivery.

Alhamdulillah, barang yang saya order sampai dengan betul dan selamat. Tiada dapat barang yang saya tak order atau tiada silap barang. 2 barang sahaja yang tiada/ kehabisan stok.


Bayaran

Setakat ini, hanya bayaran kredit/ debit kad sahaja diterima. Tetapi, penghantar barang beritahu kadang-kadang ada juga terima tunai jika card reader tidak berfungsi/ tiada signal/ line. Tidak pasti kenapa masih belum menerima Cash on delivery (COD). Mungkin dengan debit/ kredit kad akan memudahkan transaksi.

Secara keseluruhan, bagi saya pembelian barang di Tesco online adalah memuaskan dan memudahkan. Tetapi untuk produk seperti sayur dan buah-buahan, bagi saya lebih baik kita pergi ke kedai/ pasaraya itu dan lihat sendiri.

WAllahua'lam.

Tuesday, September 16, 2014

Review - KFC's Green Curry Combo

KFC Green Curry Combo http://www.kfc.com.my/promotion/bangkok-green-curry-individual-combo/

Kesedapan: Ayam KFC tu macam biasa memang sedap. Nasi tu macam nasi biasa, lembut. Green curry tu pon sedap, rasa lain dari kari biasa dan pedas sikit
Markah: 4/5

Kekenyangan: Memang mengenyangkan dan sesuai dengan citarasa orang Melayu yang makan mesti nak kena ada nasi. Dengan sayur coleslaw itu membuatkan hidangan ini lengkap. 
Markah: 4/5

Harga: RM 11.95 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren), harga tidak termasuk 6% govt tax. Ok lah harganya.
Markah: 3.5/5

Markah Keseluruhan: 11.5/15
Peratus: 77%
Gred: B

Consumerisma: Alhamdulillah, hidangan ini memang sedap dan mengenyangkan dan sesuai untuk dibuat makan tengahari atau malam sekali dalam 2 minggu.


Tuesday, September 2, 2014

Review - Burger King's Chicken Jumbo Frank, Cheezy Wedges and Hot Chocolate Drink



Lokasi: Wangsa Maju

Chicken Jumbo Frank

Kesedapan: Alhamdulillah memang sedap terutamanya sosejnya.
Markah: 3/5

Kekenyangan: Alhamdulillah boleh dibuat alas perut walau agak kurang mengenyangkan sikit untuk lelaki dewasa
Markah: 2.3/5

Harga: RM 2.95 (Harga promosi untuk masa terhad)
Markah: 3/5

Jumlah Markah: 8.3/15
Peratus: 55%
Gred: C

Cheezy Wedges

Kesedapan: Ok la sedap, cuma cheese nya tu rasa seperti masam sikit
Markah: 2.9/5

Harga: RM 2.95 (Harga promosi untuk masa terhad)
Markah: 2.8/5

Jumlah: 5.7/10
Peratus: 57%
Gred: C

Hot Chocolate Drink



Kesedapan: ok la, rasa macam milo
Markah: 3.2/5

Harga: RM 4.50, memang kita sedia maklum harga minuman di restoran makanan segera ni memang mahal, taktau kenapa
Markah: 2/5

Jumlah: 5.2
Peratus: 52%
Gred: C

http://www.burgerking.com.my/?ch=bk_my_en_promotions&pg=Limited_Time_Offer
http://www.burgerking.com.my/index.php?ch=bk_my_en_menu&pg=bk_my_coffee&ac=AC_BzNPxTAS_20130610204945

Tuesday, August 26, 2014

Review - Rotiboy Original


Lokasi: Wangsa Walk Mall

Kesedapan: Alhamdulillah, memang sedap terutamanya bahagian marjerin atau keju. Roti ni lembut juga, bila dah sejuk pon masih lembut
Markah: 4/5

Kekenyangan: Alhamdulillah memang mengenyangkan, jika terlebih makan boleh jadi memuakkan disebabkan marjerin atau keju yg digunakan
Markah: 3.9/5

Harga: RM2.50 sebiji, ok la tak mahal dan tak murah
Markah: 2.6/5

Markah keseluruhan: 10.5/15
Peratus: 70%
Gred: B

http://malaysia.rotiboy.com/index.php?p=products&cat=000Signature_Rotiboy_Bun

Tuesday, August 19, 2014

Review - Tat Nasi Ayam

Lokasi: Sri Rampai



Nasi ayam biasa
Harga: RM6
Markah untuk harga: 3/5

Tahap Kesedapan: Alhamdulillah, nasi ayamnya memang sedap, kulit ayamnya rangup, cuma kurang suka apabila sambal dicampur dengan kicap
Markah kesedapan: 3.9/4

Markah kebersihan dan suasana: 4/5

Tahap kekenyangan: Alhamdulillah memang mengenyangkan. Markah: 4/5

Air Horlick ais: Berharga RM2.20 dan memang cukup pekat dan sedap.

Markah keseluruhan: 10.9/15

Peratus:  73%

Gred: B

Kredit: https://www.facebook.com/pages/Tat-Nasi-AyamWangsa-Maju/258081700884958

Tuesday, August 12, 2014

Review - Cendol Jagung di Wahab's Cendol

Lokasi: Sri Rampai

Tahap kesedapan: Sedap, memang sedap seperti cendol.

Bintang kesedapan: 3.8/5

Suasana kedai (seperti dekorasi): 3.5/5

Kebersihan (luaran): 2.6/5

Harga: RM 3.20

Bintang harga: 2.7/5

Markah keseluruhan: 12.6/5

Peratus: 63%

Gred: B

Saturday, August 2, 2014

Review - Aiskrim Magnum Gold dan Magnum Almond



Magnum Gold

Tahap kesedapan: Alhamdulillah sedap juga la, lapisan luar warna kuning tu rasa karamel, agak manis dan mudah jatuh.
Jadi bintangnya 3.5 dari maksimum 5

Harga: Agak mahal, RM 13 something untuk 3 batang
Jadi bintang untuk harga: 2 dari 5

Markah keseluruhan: 5.5 / 10
55 % (Gred C)




Magnum Almond

Tahap kesedapan: Alhamdulillah memang sedap, coklat dan almond tu memang terasa dan kombinasi yang sesuai. Bintang: 4.9 dari 5

Harga: Mahal juga tapi lebih murah dari Magnum Gold, RM 11.70 untuk 3 batang
Bintang untuk harga: 2.5 dari 5

Markah keseluruhan: 7.4 / 10
74% (Gred B)

Kredit gambar: http://www.walls.com.my/product/magnum/almond

Saturday, June 28, 2014

Review Contest - The Star's Win With Words



Link: http://winwithwords.thestar.com.my/index.html

Tempoh: 23/6/2014 - 17/8/2014 (4 siri)

Hadiah: Lumayan,  markah: 4/5 bintang

Modal: Surat khabar The Star, sampul surat, setem, kertas/ card board. markah: 2/5 bintang

Verdict: Hadiah yang lumayan mungkin membuatkan peraduan ini agak berbaloi untuk disertai. Tapi kena la beli akhbar The Star tiap hari.

LinkWithin

LinkWithin