Wednesday, October 1, 2014

Review - Tesco Online Shop

Hari itu saja nak cuba order barang dari Tesco Online. Free delivery dan online voucher RM10 membuatkan saya lebih berminat untuk mencuba beli di sini.

22 barang diorder dan lebih kurang sejam juga saya membeli-belah di Tesco online.
Beberapa kali saya cari barang di 'search'. Cari jam dinding memang tak jumpa. Rupanya lebih senang jika kita letak nama produk atau brand tersebut. Cara cari di 'search' ini mudah jika anda sudah tahu nama brand barang yang anda nak beli itu.

Tetapi bagi yang nak cari satu barang yang tidak tahu nama brandnya, cara paling senang ialah dengan menekan sub-tab/ bahagian barang di bawah 'Groceries'.

Contoh, jika saya nak cari telur sekarton, saya tekan sub-tab 'Fresh Food'. Kemudian, tekan 'Chicken Eggs'. Tukar 'Sort By' ke 'Price: Low to High' dan 'Go'. Dengan itu, lebih mudah untuk buat perbandingan harga sesuatu barang yang kita nak beli (rujuk gambar di bawah).

http://eshop.tesco.com.my/en-GB

http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Product/BrowseProducts?taxonomyId=Cat00002118&SortBy=PriceAscending

Apa yang boleh diperbaiki

Harap pihak Tesco Online dapat meletakkan lebih banyak details/ deskripsi pada produk-produk yang mereka jual. Kebanyakkan deskripsi yang sedia ada terlalu ringkas. Harap dapat letak deskripsi yang lebih lanjut seperti logo Halal, kandungan nutrisi dan bahan-bahan/ ingredients.  Harap dapat letak juga gambar bahagian depan dan belakang produk dengan lebih jelas  sehingga nampak logo halal, bahan/ ingredients dan kandungan nutrisi. 
   
Satu lagi kelemahan bila beli barang secara online ialah sukar nak bayangkan saiz sesuatu barang itu atau tak pasti besar mana sesuatu barang itu.

Contoh barang yang deskripsinya terlalu ringkas. Gambar depan sahja, tiada gambar belakang, tidak nampak logo halal, bahan-bahan dan nutrisi
http://eshop.tesco.com.my/en-GB/ProductDetail/ProductDetail/7003107469

Barang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran pula saya dapati terdapat penambahan harga dan berat berbanding dengan apa yang saya order. Hal ini boleh diterima asalkan lebihan berat dan harga sayur dan buah itu sedikit sahaja kerana memang susah nak buat berat buah atau sayur tepat 1 kg (contohnya). .

Kelebihan

Memang banyak pilihan produk dan brand yang ada di sini, jadi boleh buat pilihan nak beli yang mana.

Harga bebarapa barang terutamanya yang promosi sedikit murah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Laman webnya menarik, mudah difahami dan digunakan


Penghantaran barang

Order barang hari Ahad dan pilih untuk barang dihantar keesokan harinya (Isnin) jam 10 pagi - 12 tengahari. Keesokkan harinya (Isnin) barang telah sampai pada jam lebih kurang 1 petang, lewat lebih kurang sejam, tidak mengapa sebab ramai yang order bila free delivery.

Alhamdulillah, barang yang saya order sampai dengan betul dan selamat. Tiada dapat barang yang saya tak order atau tiada silap barang. 2 barang sahaja yang tiada/ kehabisan stok.


Bayaran

Setakat ini, hanya bayaran kredit/ debit kad sahaja diterima. Tetapi, penghantar barang beritahu kadang-kadang ada juga terima tunai jika card reader tidak berfungsi/ tiada signal/ line. Tidak pasti kenapa masih belum menerima Cash on delivery (COD). Mungkin dengan debit/ kredit kad akan memudahkan transaksi.

Secara keseluruhan, bagi saya pembelian barang di Tesco online adalah memuaskan dan memudahkan. Tetapi untuk produk seperti sayur dan buah-buahan, bagi saya lebih baik kita pergi ke kedai/ pasaraya itu dan lihat sendiri.

WAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin