http://www.texaschickenmalaysia.com/promotions.html |
Kebanyakkan orang yang tengok gambar iklan di atas mungkin tertanya-tanya, makanan banyak itu RM10.90 je ke. Iklan itu macam misleading sikit kan. Nasib baik ada tulisan 'from only'. Sebenarnya ada 3 combo untuk Raya Sampler ini dan di sini saya akan review combo yang paling murah antara tiga itu iaitu Combo A yang memang berharga RM10.90.
Apa yang akan anda dapat untuk Combo A ialah:
1. Seketul ayam (saya pilih bahagian thigh. Ayamnya sederhana tak kecil dan tak terlalu besar, ok la sedang)
2. Beberapa ketul (tak ingat berapa ketul, mungkin 2) Chicken Tender (kepingan daging ayam, mungkin bahagian dada, tanpa tulang)
http://www.texaschickenmalaysia.com/menu-chicken-tenders.html |
3. Beberapa ketul (tak ingat dia bagi berapa, 3 ketul rasanya) Jalapeno bombers
http://www.texaschickenmalaysia.com/menu-sides-jalapeno-bombers.html |
4. Beberapa biji (tak ingat berapa, mungkin 3) Honey-Butter biscuits
Dan beberapa peket sos cili dan tomato Kimball. Dipping sos tak dapat sebab dah habis katanya.
Untuk Combo A, tiada fries, nugget, cinnamon apple crescents dan coke cooler bag seperti yang ada dalam gambar di atas.
Kesedapan:
Ayam gorengnya sedap, rasa lebih kurang sama macam ayam goreng KFC original, cuma yang ini warna gelap sikit (rujuk gambar di atas) dari KFC punya. Saiz ayam bahagian thigh ok dan memuaskan.
Rasa Chicken Tender biasa, dagingnya seperti diambil dari bahagian dada.
Apa yang saya rasa bila makan Jalapeno bombers ialah rasa pedas dari Jalapeno tersebut. Rasa pedas itu agak menutup rasa komponen yang lain yang ada dalam itu seperti cheese .
Honey-butter biscuits sedap, lain dari yang lain. Bahagian luar itu rasa madu dan dalam rasa butter. Cuma bahagian dalam rasa lebih seperti roti dari biskut.
Air iced lemon tea itu ok, biasa.
Markah kesedapan: 3.8/5
Kekenyangan:
Memang mengenyangkan. Walaupun satu sahaja ayam goreng, tapi side dishes itu mungkin membantu.
Markah Kekenyangan: 3.9/5
Harga:
Untuk Combo A, semua itu RM10.90 sahaja (harga sudah termasuk GST 6%=RM0.62). Harga untuk Combo B dan C tak ingat la, tapi yang pasti lebih mahal dari Combo A dan makanannya juga lebih.
Markah Harga: 3.9/5
Markah Keseluruhan: 11.6/15
Peratus: 77%
Gred: B
Bottomline:
Iklan gambar promosi ini agak mengelirukan pengguna, mungkin ini trick Texas Chicken, orang akan rasa harga murah itu untuk makanan yang banyak itu dan mendorong mereka untuk mencuba. Yang peliknya tiada juga perincian makanan dan harga untuk setiap combo di laman web Texas Chicken. Maknanya pengguna kena pergi sendiri ke restoran baru tahu apa makanan yang mereka dapat dengan harga itu.
Yang bagusnya, menu di Texas Chicken ini unik, berlainan dari restoran makanan segera yang lain dan agak sedap. Keseluruhannya, makanan dalam combo ini memuaskan, alhamdulillah. WAllahua'lam.
No comments:
Post a Comment