Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Aeon Big Member Day


Image via Aeon Big

Seperti yang sedia maklum, Aeon Big akan adakan Member Day pada 28 haribulan pada setiap bulan. Berikut adalah anggaran diskaun yang akan diterima mengikut perbelanjaan yang dibuat.

Belanja/ Spent RM5,    Diskaun 5% = RM0.25
                        RM10                           RM0.50
                        RM15                           RM0.75
                        RM20                           RM1
                        RM25                           RM1.25
                        RM30                           RM1.5
                        RM35                           RM1.75
                        RM40                           RM2
                        RM45                           RM2.25
                        RM50                           RM2.50
                        RM60                           RM3
                        RM70                           RM3.50
                        RM80                           RM4
                        RM90                           RM4.50
                        RM100                         RM5

Bermakna dengan 5% diskaun, anda akan dapat jimat 25 sen bagi setiap RM5 yang dibelanjakan atau jimat 50 sen bagi setiap RM10 yang dibelanjakan.


Saturday, August 8, 2015

Review: Online Shop 11 Street

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai online shop terbaru ini, 11street. Berikut adalah serba sedikit mengenainya.

Yang uniknya, selain beli barang, pengguna juga boleh menjual di sini. Masa daftar tu, register as buyer dan seller. Siap ada Seller Zone/ Office sekali.

Seller Zone

Paparan muka Seller Zone/ Officee


Testimoni syarikat yg dah jual melalui 11st

Testimoni dari Malaysia Gundam Fan


Lagi mengenai Seller Zone 11 Street yang terletak di KL Sentral



Kupon dan baucer

Biasanya kupon boleh didownload pada jam 9 pagi, 11 pagi dan 9 malam. Kena cepat guna kupon itu sebab biasanya kupon akan tamat tempoh dalam masa 7 hari. Biasanya kuantiti kupon juga terhad, ada kuota pada setiap hari, jadi siapa cepat dia dapat. Harap 11st dapat memanjangkan lagi tempoh kupon kepada 2 bulan. 

Banyak kupon tapi belum sempat guna dah tamat tempoh
Ada juga kupon untuk pembelian melalui aplikasi 11st di smartphone anda. Tapi agak kurang yakin untuk buat transaksi bayaran online dengan smartphone.


Shocking deals

http://www.11street.my/html_nocache/deal.html

Yang ini antara yang disukai ramai, sebab barang-barang dijual dengan harga istimewa atau diskaun yang menarik.


Shocking Bid

http://www.11street.my/evt/shockingbid/index.do?sourcepage=mainpage&clicklocation=billboardbanner


Yang ini pon best, orang ramai boleh bida barang-barang yang best dengan harga bermula RM1 sahaja, yang mana bida paling rendah dan unik akan menang. Yang tak bestnya, pemenang untuk bid barang yang sebelum ini, tidak pula diumum di laman web mereka, harga bid yang menang pon tidak diumumkan. Jadi, harap pihak 11st dapat pamerkan semua pemenang dan harga bidaan yang menang di laman web mereka kat bahagian shocking bid ini juga.

Update terkini, 11st dah letak senarai nama pemenang dan harga bidaan yang menang di bahagian Shocking Bid ini. Tahniah 11st, keep it up.


Hot Selling

Ini adalah barang-barang di 11st yang paling banyak terjual.

http://www.11street.my/browsing/corner/getDisplayCategoryRank.do

Di bahagian 'Benefits pula anda boleh lihat semua promosi, mata serta kredit terkumpul anda.


Di bahagian Korean Street, anda boleh lihat banyak barang dari Korea yang dijual.


Cara Bayaran

Cara bayaran

Setakat ini boleh guna credit/ debit kad, online banking, ATM/ Bank transfer dan celcom aircash je. Yang tak bestnya, Cash on Delivery masih belum ada.



Mungkin ada yang tertanya-tanya 11 Street ini milik orang Korea ke. Mana taknya banyak barang yang dijual dari Korea, dutanya pon orang Korea. 

Sebenarnya 11 Street ini adalah kerjasama antara syarikat Korea, SK Planet dengan syarikat telekomunikasi Malaysia, Celcom.

http://www.11street.my/html/main.html


Tuesday, June 9, 2015

Info Produk Mengelirukan di Lazada


Bila tengok sekali, ingatkan harga Galaxy S6 Edge di atas ialah RM28 sahaja. Butiran produk juga mengenai S6 Edge. Tetapi bila tengok brand, rupanya Sandisk/ memory card. Apapun pihak Lazada telah membetulkan perkara ini dan gambar telah ditukar. 


Saturday, February 22, 2014

TPP: Keterbukaan Malaysia 'malukan' negara maju



KUALA LUMPUR - Sikap keterbukaan Malaysia berkaitan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), telah memalukan negara demokrasi maju, kata Profesor Undang-Undang Universiti Auckland, Jane Kelsey.

Khamis lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata teks draf TPP akan dikeluarkan bagi membolehkan penelitian terperinci dan debat awam sebelum perjanjian akhir dimeterai.   

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak pernah dilakukan Malaysia, Kelsey berkata, kenyataan Mustapa itu selari dengan surat terbuka ahli Parlimen daripada tujuh negara, termasuk Malaysia dan New Zealand, yang dikeluarkan
minggu lalu.    

"Sebaliknya, Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser mengenepikan seruan daripada anggota Parlimen, termasuk daripada parti Greens, New Zealand First, Maori dan Mana.

"Selain itu kerajaan telah menghalang parti Buruh daripada mengemukakan usul yang sama di Parlimen," kata Kelsey dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan dari Universiti Auckland.

Kelsey berkata antara kebimbangan Malaysia, termasuk harta intelek, dasar tembakau, penyelesaian pertelingkahan antara negara dan pelabur, perusahaan milik kerajaan serta pemerolehan kerajaan yang memberi keutamaan kepada Bumiputera.

Menurutnya, rundingan peringkat menteri di Singapura yang bermula hari ini, akan berusaha untuk memuktamadkan hampir semua perjanjian itu.

"Fokus kemudiannya akan beralih kepada persoalan penting mengenai akses pasaran pertanian, automobil dan tekstil," katanya.

Kelsey meramalkan beberapa isu lain yang masih wujud akan menjadi bahan tawar menawar dalam penyelesaian akhir dan bukannya batu penghalang kepada perjanjian akhir, melainkan terdapat bantahan domestik yang memaksa kerajaan Malaysia tidak menandatangani perjanjian perdagangan berkenaan.

"Malaysia nampaknya membayangkan perkara itu mungkin berlaku jika mereka tidak dapat melindungi dasar sosial dan pembangunan ekonomi yang penting.

"Malah, mereka sudah pun menarik diri daripada Perjanjian Perdagangan Bebas dengan AS pada 2009. Adakah New Zealand bersedia mendengar pandangan rakyatnya dan melakukan tindakan yang sama?" tanya beliau.         - Bernama


Monday, February 17, 2014

Kosmetik online beracun


Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.
Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari. 
Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas. 

“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.
“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.

Saturday, February 15, 2014

3 perkara yang perlu anda tahu mengenai BRIM 3.0

- 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februari ini (Jadi mark kat kalendar anda dan cek akaun anda)


Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Februari ini.


- Semak kategori dan jumlah yang perlu anda dapat seperti gambar di bawah.







Friday, February 14, 2014

Hukum melabur dalam ASB, ASN 'harus' - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.
Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140214/ek_06/Hukum-melabur-dalam-ASB-ASN-harus---Majlis-Fatwa#ixzz2tLc5Md9Z
© Utusan Melayu (M) Bhd 


http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140214/ek_06/Hukum-melabur-dalam-ASB-ASN-harus---Majlis-Fatwa

lagi berita: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HukummelaburdalamASB_ASN_harus_tegasJawatankuasaFatwa/Article/?mutakhir

Tuesday, February 11, 2014

Harga purata sos cili beberapa negeri di Malaysia 24/1/14-4/2/14



https://www.facebook.com/myKPDNKK

Monday, February 10, 2014

Orang ramai lebih suka petrol walaupun mahal

MALAYSIA memasang sistem NGV pada kenderaan mereka selepas kenaikan harga petrol, tahun lalu, menunjukkan kurangnya minat pemilik kenderaan untuk menjadikan NGV sebagai alternatif.

Ini juga membuktikan orang ramai masih boleh menyerap peningkatan kos sara hidup meskipun harga bahan api dinaikkan.

Hal ini diakui Penolong Pengurus Abex Manufacturing Sdn Bhd Norliza Abdul Hadi di mana bengkelnya hanya menerima tempahan sistem NGV untuk 30 kenderaan setiap bulan bagi cawangan di Lembah Klang sejak harga petrol naik.

“Situasi sama berlaku di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu yang menunjukkan peningkatan agak perlahan bagi pemasangan sistem NGV.

“Berbeza di Johor Bahru, di mana kami menerima sehingga 50 kenderaan sebulan untuk memasang
sistem NGV. Bagi kenderaan komersil seperti bas dan teksi, penggunaan NGV menunjukkan peningkatan positif," katanya.

Katanya, sambutan terhadap penggunaan NGV amat mendukacitakan, walaupun ia boleh membantu mengurangkan perbelanjaan bahan api.

“Tiada tahu apa puncanya. Mungkin pengguna lebih suka guna petrol yang sememangnya mudah bagi mereka. Tidak perlu beratur panjang dan mudah didapati di mana-mana terutama di bandar atau pekan kecil,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Econgas NGV (M) Sdn Bhd Jeffrey harga petrol diumumkan hampir lima bulan lalu tidak membawa perubahan kepada perniagaannya malah syarikatnya terpaksa menutup tiga cawangan kerana tiada sambutan terhadap NGV.

Koordinator Sugoi NGV Teknologi Sdn Bhd Tan Geok Teng pula berkata, peningkatan besar dalam pemasangan NGV hanya dapat dilihat pada 2008 ketika harga petrol naik mendadak daripada RM1.92 seliter kepada RM2.70, dan trend itu kembali menurun pada 2009.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/orang-ramai-lebih-suka-petrol-walaupun-mahal-1.249210

Harga 24 barang keperluan berbeza

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan ’Price Watch’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menurut kenyataan kementerian tersebut hari ini, barang keperluan itu merangkumi barang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan.
Buah betik di Perak berharga RM2.10 sekilogram berbanding RM3.60 sekilogram di Terengganu. Buah tembikai merah tanpa biji dijual RM2 sekilogram di Kelantan dan Melaka manakala di Pahang RM3.30 sekilogram.
Harga nanas di Sabah adalah RM4.10 sebiji berbanding RM2.50 sebiji di Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.
Bagi ikan dalam tin (sardin) pula dijual pada harga RM6.40 bagi 425 gram di Sabah berbanding RM7.10 di Putrajaya. Harga ikan bilis Gred B (saiz sederhana) adalah RM16.70 sekilogram di Perlis dan Kelantan, manakala di Labuan RM26.50 sekilogram.
Maklumat penuh mengenai harga barangan lain boleh diperoleh dalam akhbar Utusan Malaysia, esok. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140210/dn_34/Harga-24-barang-keperluan-berbeza#ixzz2swBLqqsD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140210/dn_34/Harga-24-barang-keperluan-berbeza

Sunday, February 9, 2014

Subway gunakan bahan kimia kontroversi untuk rotinya di USA dan berazam tidak gunakannya lagi

Subway gunakan bahan kimia kontroversi untuk rotinya di USA dan berazam tidak gunakannya lagi selepas desakan orang ramai.

Ini petikan artikel berita itu:

Subway vows to remove controversial chemical from bread

Subway is the latest food company to ban a controversial chemical in its products after public pressure suggesting it is unsafe according to scientific research.
Following the launch of a petition by well-known food blogger Vani Hari, the fast food giant pledged to remove azodicarbonamide, a chemical used in yoga mats and shoe rubber, from its bread products in North America.
"We are already in the process of removing azodicarbonamide from our bread as part of our bread improvement process," Subway says on their company Facebook page.
The chemical is not used in other markets, such as Europe and Australia, where it is banned. However, it is currently being used in Canada and the United States where it is legal.
The World Health Organization has linked the chemical additive -- used as a bleaching agent in Subway's bread -- to respiratory issues, allergies and asthma.
Hari, who runs FoodBabe.com, challenged Subway to discontinue the use of azodicarbonamide in a online petition that currently has over 65,000 signatures.
She says while other food companies use the controversial chemical, she specifically targeted Subway because of the way they brand themselves as a healthy company by endorsing Olympic athletes and using the slogan "Eat Fresh!"
This is the second time Hari has seen success from one of her widely-publicized petitions. In October 2013, Kraft announced its plans to remove yellow dyes from several of its macaroni and cheese products following her petition suggesting the dyes may be carcinogenic.
And in Feb 2013, public pressure put on PepsiCo caused the soda giant to remove brominated vegetable oil, a supposed flame retardant, from its Gatorade beverages.

p/s: Persoalannya, adakah subway gunakan bahan kimia azodicarbonamide itu untuk rotinya di Malaysia? Rasanya kerajaan kena tubuhkan satu badan khas yang mengkaji bahan-bahan yg digunakan untuk membuat makanan-makanan dan produk-produk seperti minyak wangi, sabun basuh dll. di Malaysia ini kan?

Saturday, January 11, 2014

Bahaya makan daging 'kebal'

Bahaya makan daging 'kebal'

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa supaya mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan bagi mengelakkan rakyat di negara ini memakan makanan yang berisiko tercemar dengan bakteria.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, selain pengharaman itu, kerajaan juga digesa supaya mewujudkan sistem kebangsaan untuk memantau penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan termasuk tindakan untuk memperbaiki dan memperhalusi pengumpulan data ke atas penggunaan antibiotik di negara ini.

“Kementerian yang berkenaan juga digesa supaya memantau kekebalan dan mengesan perubahan dalam kekebalan antibiotik melalui pengawasan yang berterusan di peringkat negara, negeri dan tempatan. Ia bagi mengenalpasti masalah kesihatan supaya tindakan mengubati dapat dilakukan tepat pada masanya untuk melindungi kesihatan manusia dapat diambil.

“Selain itu, kerajaan juga digesa supaya mewujudkan garis panduan bagi ahli veterinar untuk mengurangkan penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan antibiotik dalam makanan haiwan.

Kerajaan juga perlu memantau produk daging import bagi pencemaran kuman kebal antibiotik dan penguatkuasaan peraturan yang lebih tegas,” katanya kepada media semalam.

S M Mohamed berkata, beberapa kajian ke atas daging seperti ayam, daging lembu, kambing dan burger beku didapati mengandungi bakteria kebal antibiotik yang amat membimbangkan.

“Menikmati makanan yang tercemar dengan bakteria kebal antibiotik boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa termasuk menyukarkan sesuatu rawatan dilakukan. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada 2012 mendapati, separuh daripada ayam tempatan kebal kepada ampicilin, sulfonamida dan tetrasiklin.

“Sampel makanan seperti daging lembu, kambing dan ayam juga didapati mempunyai salmonela yang kebal kepada antibiotik. Salmonela menyebabkan cirit-birit, demam dan kejang abdomen,” katanya.

Menurutnya, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, penggunaan antibiotik pada ternakan umumnya tidak berasaskan prinsip saintifik yang sewajarnya.

“Di Malaysia pada masa ini terdapat 97 antibiotik berdaftar untuk digunakan. Kebanyakan ubatan berdaftar ini digunakan dalam ternakan ayam itik dan babi, sedikit untuk lembu dan kambing.

“Lebih daripada separuh antibiotik (ramuan aktif) berdaftar dengan Kementerian Kesihatan untuk makanan haiwan tidak disarankan untuk kegunaan veterinar oleh WHO.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bahaya-makan-daging-kebal-1.239513#.UtFVgCtNQKw.google_plusone_share

p/s: Harap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dapat ambil berat tentang perkara ini.

Wakaf, zakat kurang berkesan di Malaysia

SHAH ALAM - Konsep Islam yang terbukti mampu menjana ekonomi negara, wakaf dan zakat dilihat kurang berkesan di Malaysia.

Kelemahan ini dikesan kerana tiada pelaksanaan yang menyeluruh dalam perkara itu.

Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohamad Sahar Mat Din berpendapat zakat dapat menyelesaikan masalah masyarakat manakala wakaf mampu membina tamadun.

"Kita kena belajar daripada sejarah. Mesir pun diselamatkan oleh wakaf Universiti Al-Azhar. Jadi, kita boleh lihat betapa kukuhnya institusi wakaf itu.

"Ingat yang membina tamadun itu wakaf. Zakat pula menyelesaikan masalah masyarakat. Tapi di negara kita wakaf dan zakat kurang berkesan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan institusi wakaf ekoran inisiatif kerajaan dilihat kurang dalam mengusahakan perkara tersebut selepas menyebutnya dalam bajet sebelum ini.

"Selain daripada satu entiti di bawah Johor Corporation (Jcorp), Wakaf Annur Corporation Berhad, kita ketandusan.

"Kerajaan tidak usahakan inisiatif Bajet 2013 sebelum ini yang ada sebut nak bangunkan wakaf korporat.

"Kerajaan perlu segera wujudkan institusi wakaf untuk selamatkan aset seperti Felda selain elak ketirisan," katanya.

Mengulas mengenai manfaat institusi wakaf, beliau menekankan melalui institusi wakaf beban kerajaan dapat diringankan.

"Beban kerajaan akan ringan. Perbelanjaan negara dah berpuluh tahun defisit. Kerajaan tanggung semua perkara.

"Jadi, apabila diagih tugas kepada institusi wakaf, ringanlah sedikit," katanya.

Malah menurutnya beberapa institusi seperti pendidikan juga perlu diwakafkan ekoran universiti di negara ini tiada usaha untuk menjana pendapatan sendiri.

"Universiti kita sekarang tak produktif. Ada tanah, bahan kajian dan bangunan tapi tak guna.

"Apa-apa minta daripada kerajaan. Jadi, kalau dah wakafkan, kerajaan tak perlu tanggung lagi," katanya.

Menyentuh soal situasi ekonomi negara, katanya tiada perubahan dalam sistem ekonomi meskipun transformasi sudah diuar-uarkan sejak dulu.

"Kalau ekonomi sekarang ini diteruskan... tak transformasi pun. Kita masih guna sistem lama, yang kaya terus kaya. Jurang antara kaya dan miskin makin jauh.

"Bank islamik di negara ini pun berorientasikan keuntungan. Kalau diwujudkan bank wakaf, boleh berikan margin yang lebih rendah daripada bank yang sekarang ini beri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/wakaf-zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109

p/s: Mungkin kerajaan perlu tubuhkan jabatan atau kementerian wakaf dan zakat supaya zakat dan wakaf memberi lebih faedah dan kesan kepada umat Islam terutamanya di Malaysia.

LinkWithin

LinkWithin