Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Review: KFC Masak Merah Rice Wrap

http://www.kfc.com.my/promotion/masak-merah-rice-wrap/

Kini giliran promo terbaru KFC ini pula yang akan direview.

Lokasi: KFC Alpha Angle, Aeon Wangsa Maju


Dalam Kombo ini anda akan dapat:

1. Masak Merah Rice Wrap saiz Jumbo

2. Fries saiz regular

3. Air 7 Up saiz regular


Kesedapan:

Masak merah Rice Wrap itu agak sedap. Saiznya memang lebar dan tak begitu panjang. Sos masak merah itu agak sedap dan sedikit lebih pedas dari jangkaan awal. Ia pedas tapi tidaklah pedas sangat. Nasi, kepingan ayam dan timun dalamnya itu pon ok. Roti wrap tu lembut je. 

Fries itu memang sedap dan agak rangup.

Air 7Up macam biasa tapi rasa seperti agak terlebih manis. 

Markah kesedapan: 2.9/5


Kekenyangan:

Lepas habis makan semuanya, rasa just mengenyangkan je.  

Markah untuk kekenyangan: 2.9/5



Harga:

Harganya termasuk GST 6% ialah RM 8.90, agak berpatutan juga.

Markah harga: 3.9/5


Markah keseluruhan: 9.7/15
Peratus: 64.7%
Gred: B


Komen:

Rice wrap itu mungkin bersaiz jumbo tapi rasanya ia mungkin boleh bersaiz lebih besar lagi sikit. Air 7Up itu terasa agak terlebih manis, mungkin KFC boleh bagi pilihan air Revive atau 100Plus. Secara keseluruhan, kombo ini agak sedap dan agak mengenyangkan. Alhamdulillah.


Ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja, ia mungkin berbeza bagi individu yang lain.


Monday, December 8, 2014

Review - KFC's Double Down Maxx

http://www.kfc.com.my/promotion/kfc-double-down-maxx/

Kesedapan: Keseluruhan makanan ini memang sedap, hash brown tu pon sedap, chipotle sos memang terbaik rasa macam cheezy sikit. 
Markah: 4.2/5

Kekenyangan: Memang mengenyangkan dan berbaloi. 
Markah: 4/5

Harga: RM 12.95 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren) + RM 0.84 (6% govt tax) = $ 14.80 . Ok lah harganya.
Markah: 3.7/5

Markah Keseluruhan: 11.9/15
Peratus: 79%
Gred: B

Apa yang boleh ditingkatkan: 
1. Ais diletak terlalu banyak dalam oren twister, bila sampai rumah ais dah cair dan  kurang rasa sebenar twister oren itu. 
2. Setiap kali takeaway, KFC mesti bagi satu bungkus je yang dalamnya ada tisu, sudu, satu peket kecil sos cili dan tomato. Mesti nak kena beritahu minta sos lebih. Saya rasa kebanyakkan rakyat Malaysia prefer sos cili dari sos tomato. Oleh itu, harap KFC dapat buat lebih banyak sos cili peket itu berbanding sos tomato peket. Jika pelanggan minta lebih sos cili, harap dapat bagi paling kurang 4 peket lagi.
3. Satu kekurangan hidangan di atas ialah tiada sayur. Tapi ada cheezy wedges dan hash brown yang dibuat dari ubi, jadi kira ubi tu sebagai sayurla. Jika nak letak sayur, mungkin boleh letak lettuce sikit.

Alhamdulillah, WAllahua'lam.

Tuesday, October 21, 2014

Review - KFC's Tokyo Black Pepper Mushroom Individual Combo

http://www.kfc.com.my/promotion/

Chicken Chop Combo B (Hot & Spicy)

Kesedapan: Ayam chicken chop tu agak besar dan memang sedap. Cendawan dan sos lada hitam juga sedap dan agak pedas sikit dan jadi lebih pedas ditambah dengan kepingan ayam hot & spicy itu. Rasa kuat lada hitam sedikit menutup rasa cendawan. Nasi seperti nasi putih biasa yang dimasak dengan baik. 
Markah: 3.8/5

Kekenyangan: Mengenyangkan dan sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang makan mesti nak ada nasi. 
Markah: 3.9/5

Harga: RM 13.90 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren) + RM 0.90 (6% govt tax) = $ 15.80 . Ok lah harganya.
Markah: 3.8/5

Markah Keseluruhan: 11.5/15
Peratus: 77%
Gred: B

Komen: Ais diletak terlalu banyak dalam oren twister, bila sampai rumah ais dah cair dan  kurang sikit rasa sebenar twister oren itu. Harap dapat letak lebih banyak shiitake mushroom dalam kuah lada hitam itu. Rasa sos lada hitam itu memang sedap tetapi sedikit menutup rasa cendawan itu. Mungkin boleh buat dan sediakan 2 sos berasingan, satu sos cendawan shiitake dan lagi satu sos lada hitam.

Pengguna: Alhamdulillah, secara keseluruhan hidangan ini sedap dan mengenyangkan.

Tuesday, September 16, 2014

Review - KFC's Green Curry Combo

KFC Green Curry Combo http://www.kfc.com.my/promotion/bangkok-green-curry-individual-combo/

Kesedapan: Ayam KFC tu macam biasa memang sedap. Nasi tu macam nasi biasa, lembut. Green curry tu pon sedap, rasa lain dari kari biasa dan pedas sikit
Markah: 4/5

Kekenyangan: Memang mengenyangkan dan sesuai dengan citarasa orang Melayu yang makan mesti nak kena ada nasi. Dengan sayur coleslaw itu membuatkan hidangan ini lengkap. 
Markah: 4/5

Harga: RM 11.95 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren), harga tidak termasuk 6% govt tax. Ok lah harganya.
Markah: 3.5/5

Markah Keseluruhan: 11.5/15
Peratus: 77%
Gred: B

Consumerisma: Alhamdulillah, hidangan ini memang sedap dan mengenyangkan dan sesuai untuk dibuat makan tengahari atau malam sekali dalam 2 minggu.


Tuesday, September 2, 2014

Review - Burger King's Chicken Jumbo Frank, Cheezy Wedges and Hot Chocolate Drink



Lokasi: Wangsa Maju

Chicken Jumbo Frank

Kesedapan: Alhamdulillah memang sedap terutamanya sosejnya.
Markah: 3/5

Kekenyangan: Alhamdulillah boleh dibuat alas perut walau agak kurang mengenyangkan sikit untuk lelaki dewasa
Markah: 2.3/5

Harga: RM 2.95 (Harga promosi untuk masa terhad)
Markah: 3/5

Jumlah Markah: 8.3/15
Peratus: 55%
Gred: C

Cheezy Wedges

Kesedapan: Ok la sedap, cuma cheese nya tu rasa seperti masam sikit
Markah: 2.9/5

Harga: RM 2.95 (Harga promosi untuk masa terhad)
Markah: 2.8/5

Jumlah: 5.7/10
Peratus: 57%
Gred: C

Hot Chocolate Drink



Kesedapan: ok la, rasa macam milo
Markah: 3.2/5

Harga: RM 4.50, memang kita sedia maklum harga minuman di restoran makanan segera ni memang mahal, taktau kenapa
Markah: 2/5

Jumlah: 5.2
Peratus: 52%
Gred: C

http://www.burgerking.com.my/?ch=bk_my_en_promotions&pg=Limited_Time_Offer
http://www.burgerking.com.my/index.php?ch=bk_my_en_menu&pg=bk_my_coffee&ac=AC_BzNPxTAS_20130610204945

Tuesday, August 26, 2014

Review - Rotiboy Original


Lokasi: Wangsa Walk Mall

Kesedapan: Alhamdulillah, memang sedap terutamanya bahagian marjerin atau keju. Roti ni lembut juga, bila dah sejuk pon masih lembut
Markah: 4/5

Kekenyangan: Alhamdulillah memang mengenyangkan, jika terlebih makan boleh jadi memuakkan disebabkan marjerin atau keju yg digunakan
Markah: 3.9/5

Harga: RM2.50 sebiji, ok la tak mahal dan tak murah
Markah: 2.6/5

Markah keseluruhan: 10.5/15
Peratus: 70%
Gred: B

http://malaysia.rotiboy.com/index.php?p=products&cat=000Signature_Rotiboy_Bun

Tuesday, August 19, 2014

Review - Tat Nasi Ayam

Lokasi: Sri Rampai



Nasi ayam biasa
Harga: RM6
Markah untuk harga: 3/5

Tahap Kesedapan: Alhamdulillah, nasi ayamnya memang sedap, kulit ayamnya rangup, cuma kurang suka apabila sambal dicampur dengan kicap
Markah kesedapan: 3.9/4

Markah kebersihan dan suasana: 4/5

Tahap kekenyangan: Alhamdulillah memang mengenyangkan. Markah: 4/5

Air Horlick ais: Berharga RM2.20 dan memang cukup pekat dan sedap.

Markah keseluruhan: 10.9/15

Peratus:  73%

Gred: B

Kredit: https://www.facebook.com/pages/Tat-Nasi-AyamWangsa-Maju/258081700884958

Tuesday, August 12, 2014

Review - Cendol Jagung di Wahab's Cendol

Lokasi: Sri Rampai

Tahap kesedapan: Sedap, memang sedap seperti cendol.

Bintang kesedapan: 3.8/5

Suasana kedai (seperti dekorasi): 3.5/5

Kebersihan (luaran): 2.6/5

Harga: RM 3.20

Bintang harga: 2.7/5

Markah keseluruhan: 12.6/5

Peratus: 63%

Gred: B

Saturday, August 2, 2014

Review - Aiskrim Magnum Gold dan Magnum Almond



Magnum Gold

Tahap kesedapan: Alhamdulillah sedap juga la, lapisan luar warna kuning tu rasa karamel, agak manis dan mudah jatuh.
Jadi bintangnya 3.5 dari maksimum 5

Harga: Agak mahal, RM 13 something untuk 3 batang
Jadi bintang untuk harga: 2 dari 5

Markah keseluruhan: 5.5 / 10
55 % (Gred C)




Magnum Almond

Tahap kesedapan: Alhamdulillah memang sedap, coklat dan almond tu memang terasa dan kombinasi yang sesuai. Bintang: 4.9 dari 5

Harga: Mahal juga tapi lebih murah dari Magnum Gold, RM 11.70 untuk 3 batang
Bintang untuk harga: 2.5 dari 5

Markah keseluruhan: 7.4 / 10
74% (Gred B)

Kredit gambar: http://www.walls.com.my/product/magnum/almond

Saturday, March 29, 2014

Review - KFC Variety Bucket Ronaldo Limited Edition

KFC Variety Bucket

Lokasi: Aeon Wangsa Maju

Details Makanan: 
- 5 pcs chicken
- 4 pcs boneless chicken
- 8 pcs onion rings 
- 8 pcs potato hash-rounds
- 1 BBQ dip 
- 1 honey mustard dip
tiada pula dapat free 2 fries (L)

Harga
RM 39.90 + 6% Govt Tax (RM 2.39) = RM 42.30

*Tahap Kesedapan dan Rasa 

- 5 pcs chicken : 4/5, 4 out of 5 (mcm biasa ayam KFC memang sedap)
- 4 pcs boneless chicken : 3/5 (ok la)
- 8 pcs onion rings : 3/5 (ok la)
- 8 pcs potato hash-rounds : 2.8/5 (ok la)
- 1 BBQ dip : 2.6/5 (rasa pedas dan rasa seperti sos bbq yang lain)
- 1 honey mustard dip : 2.5/5 (rasa masam)

Overall: 2.98/5 atau 2.98 markah dari maksimum 5 (ok la)

*Tahap Kekenyangan : 4.2/5 (memang mengenyangkan, alhamdulillah)

Markah Harga 2.8/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 9.98/15 (9.98 marks out of maximum 15)

Peratus: 66.53% (Gred B)


Pros: Secara keseluruhannya, makanan dalam bucket ni memang mengenyangkan, alhamdulillah.

Cons: BBQ dan honey mustard tu mungkin berlainan dari citarasa saya, tetapi ianya satu kelainan dan mungkin percubaan dari KFC. Lagi satu combo ini tidak termasuk air.

Kesimpulan/ Bottom line: Overall makanan dalam bucket ni sedap dan mengenyangkan. Mungkin KFC boleh cuba sertakan sos lada hitam dan jalapeno cheese. Yang bestnya dapat beli usb drive ronaldo limited edition premiums (premium ke tengok macam biasa je, haha) dengan harga rm 19.90. Alhamdulillah.

KFC Ronaldo Limited Edition Premiums

* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.


Kredit gambar: 


Saturday, March 15, 2014

Review - Pizza Hut Big Variety Box


Lokasi: Pizza Hut Delivery

Details Makanan yang diorder: 
- 1 Traditional Family Favourites Pizza (Chicken Pepperoni)
- 1 Spaghetti (Carbonara) 
- 6 pcs New orleans chicken drumsticks 
- Garlic bread 
- 2 soups

Harga
RM 39.90 + 6% Govt Tax (RM 2.39) = RM 42.30

*Tahap Kesedapan 
- Traditional Family Favourites Pizza (Chicken Pepperoni) : 3/5
- Spaghetti (Carbonara) : 2.5/5
- New orleans chicken drumsticks : 3/5 
- Garlic bread :2.5/5
- soups :3/5

Overall: 2.8/5 (ok la)

*Tahap Kekenyangan : 4/5 (memang mengenyangkan, alhamdulillah)

Markah Harga 3/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 9.8/15

Peratus: 65% (B)

Pros: Pizza, chicken drumstick dan soup sedap dan memuaskan. Spaghetti banyak. Overall memang mengenyangkan, alhamdulillah.

Cons: Spaghetti agak kering kerana kuah yang sedikit dan garlic bread agak keras sedikit tapi still ok dan sedap juga la.

Kesimpulan/ Bottom line: Overall dari segi kesedapan biasa sahaja dan makanan ini secara overall memang mengenyangkan, alhamdulillah.

* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.





Sunday, February 23, 2014

Review - Nando's Quarter Chicken + 2 Regular Sides/ 1 Fino Side



Lokasi: Aeon Wangsa Maju

Details Makanan yang diorder: 



- 1 Nando's Quarter Chicken (bhgn peha dan thigh, level : Hot) 
2 regular sides:
- Chips
- Spicy rice (seperti dalam gambar pertama di atas) 

Free: A range of Nando's addicted sauces



Harga
RM 17.90 + 6% Govt Tax (RM 1.07) + Service Charge (RM 1.79) = RM 20.75

*Tahap Kesedapan4/5 (sedap)

*Tahap Kekenyangan : 4/5 (mengenyangkan)

Markah Harga 2/5 (mahal)

Markah Keseluruhan: 10/15

Peratus: 67% (B)

Pros: Ayam sedap, perfectly grilled dengan sos grill yg sedap. Tak overcooked (sampai hangit jadi hitam). Chips sedap, spicy rice ok la rasa macam nasi berempah. Sos Nando's memang lain dari yang lain dan sedap, paling sedap bagi saya garlic peri-peri sos tu.

Cons: Harga agak mahal, sos grill pada ayam  agak kurang. 

Kesimpulan/ Bottom line: Overall memang sedap, tapi harga mahal sikit mungkin sebab pelanggan dilayan/ order diambil oleh pekerja tidak seperti fast food yg lain (kena order dan beratur). Servis overall memuaskan. Harga air mineral (yg saiz lebih besar sikit dari air mineral 500ml) pon dah RM 3.50. Tapi iced lemon tea tu berbaloi la sebab boleh refill. Why not buat macam fast food yg lain ambik sendiri order, asalkan harga murah sikit. Penutup sos tidak tertutup, boleh pastikan ke malam-malam tiada benda lain yang masuk. Sos grill pada ayam agak kurang, better letak banyak sikit. Itu je la suggestions saya yg berharga 10 sen.

Penutup sos yg tidak tertutup:


Better ditutup la macam ni:


Alhamdulillah.

* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.

Kredit gambar: 

Review - KFC Cheezy Zinger Hot Box

Hot Box

Lokasi: Aeon Wangsa Maju

Details Makanan yang diorder: 
- 1 Cheezy Zinger Burger 
- 1 ketul ayam ori/ spicy
- 1 cup air Revive (saiz regular)
Tiada add-on.

Harga
RM 11.75 + 6% Govt Tax (RM 0.70) = RM 12.45

*Tahap Kesedapan4.5/5 (sedap sangat)

*Tahap Kekenyangan : 4.5/5 (kenyang, makan petang sampai malam kenyang lagi tapi bila tgh malam dah lapar balik)

Markah Harga 3/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 12/15

Peratus: 80% (Gred A)

Pros: Alhamdulillah memang sedap semuanya (ayam, burger dan air revive) dan mengenyangkan.

Cons: Harap dapat ditambah sikit lagi cheezy pada burger. 

Kesimpulan/ Bottom line: Memang sedap, it really makes my weekend. Alhamdulillah.

* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.


Monday, February 3, 2014

Review - Secret Recipe Cake (Choc mud cake)


Lokasi: Wangsa Walk Mall

Details Makanan: Seperti gambar di atas

Harga

Sepotong RM 7.50 + 6% Govt Tax (RM 0.45) = RM 7.95
Sebiji RM 82.00

*Tahap Kesedapan: 3.5/5 (sedap)

*Tahap Kepuasan : 3/5 (puas)

Markah Harga2.5/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 9/15

Peratus: 60% (B)

Pros: Memang sedap seperti kek mud coklat. Krim coklat di atas dan di tengah kek juga sedap, rasa coklat sebenar.

Cons: Bahagian kek terasa sedikit keras.

Kesimpulan/ Bottom line: Keseluruhan kek ini memang kek mud coklat yg sedap.

* Kesedapan dan kepuasan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.



Review - Secret Recipe Cake (White chocolate macadamia)


Lokasi: Wangsa Walk Mall

Details Makanan: Sepotong kek di atas (lihat gambar) dari Secret Recipe. 4 lapisan kek, 3 lapisan campuran krim dan kacang macadamia, dan krim di atas dan di tepi.

Harga

Sepotong RM 7.50 + 6% Govt Tax (RM 0.45) = RM 7.95
Sebiji RM 82.00

*Tahap Kesedapan2.5/5 (biase je)

*Tahap Kepuasan : 2.5/5 (biase je)

Markah Harga2.5/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 7.5/15

Peratus: 50% (C)

Pros: Saiz sepotong kek ini memang besar, lebih besar dari beberapa sepotong kek secret recipe yg lain. Sepotong kek ini boleh dikongsi dengan ramai orang.

Cons: Rasa krim yang mungkin coklat putih di tepi dan atas kek, dengan krim campuran kacang macadamia tidak dapat dibezakan. Rasa coklat putih tidak sama seperti coklat putih potong dan rasa kacang macadamia tidak sama seperti rasa kacang almond atau hazelnut.

Kesimpulan/ Bottom line: Keseluruhan kek ini ok la.

* Kesedapan dan kepuasan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.



Saturday, February 1, 2014

Review - KFC Golden Wrap Chicken

KFC Golden Wrap Chicken

Lokasi: Aeon Wangsa Maju

Details Makanan yang diorder: 
- 1 Golden Wrap Chicken (2 ketul ayam)
- 1 cup air Revive (saiz regular)
Tiada add-on.

Harga
RM 9.95 + 6% Govt Tax (RM 0.60) = RM 10.55

*Tahap Kesedapan4/5 (sedap)

*Tahap Kekenyangan : 2.5/5 (biasa2 saje)

Markah Harga2.5 /5 (agak mahal sedikit)

Markah Keseluruhan: 9/15

Peratus: 60% (B)

Pros: Memang sedap dan menyelerakan; daging ayam lembut, cendawan banyak dan lembut.

Cons: Kurang rasa berempah, mungkin memang begitu rasa new orleans. Mungkin sedikit kurang mengenyangkan untuk lelaki dewasa mungkin sebab saya tak add-on nasi. Bak kata orang, pergi mana pon nasi mesti kena ada. Kena tambah RM 1.90 untuk add-on nasi atau whipped potato dan bun. 

Kesimpulan/ Bottom line: Memang sedap, untuk menjadikannya hidangan yg lebih mengenyangkan add-on nasi atau jika tak nak, add on je sendiri nasi putih kat rumah secara percuma. 

* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.


Wednesday, January 22, 2014

Review - Secret Recipe Cake (Durian Durian)

Lokasi: KL Festival City Mall

Details Makanan: Sepotong kek Durian Durian (seasonal) dari Secret Recipe. Ada kacang di tepi. Lapisan paling atas tak rasa durian dan 3 lapisan di bawah memang rasa durian yang sedap.



Harga

Sepotong RM 7.50 + 6% Govt Tax (RM 0.45) = RM 7.95
Sebiji RM 82.00

*Tahap Kesedapan: 4/5 (sedap)

*Tahap Kepuasan : 4/5 (berbaloi2)

Markah Harga: 2.5/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 10.5/15

Peratus: 70% (B)

Pros: Memang rasa sedap seperti durian. Tekstur kek juga lembut.

Cons: Kek ini dibuat ikut musim, jika musim durian ada la, jika bukan musim mungkin tiada. Harga agak mahal, mungkin sebab secret recipe nak orang rasa 'premium' untuk produknya.

Kesimpulan/ Bottom line: Memang sedap, sesuai untuk special occasions berpadanan dengan harganya.

* Kesedapan dan kepuasan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.


LinkWithin

LinkWithin