Friday, August 28, 2015

Review: KFC Masak Merah Rice Wrap

http://www.kfc.com.my/promotion/masak-merah-rice-wrap/

Kini giliran promo terbaru KFC ini pula yang akan direview.

Lokasi: KFC Alpha Angle, Aeon Wangsa Maju


Dalam Kombo ini anda akan dapat:

1. Masak Merah Rice Wrap saiz Jumbo

2. Fries saiz regular

3. Air 7 Up saiz regular


Kesedapan:

Masak merah Rice Wrap itu agak sedap. Saiznya memang lebar dan tak begitu panjang. Sos masak merah itu agak sedap dan sedikit lebih pedas dari jangkaan awal. Ia pedas tapi tidaklah pedas sangat. Nasi, kepingan ayam dan timun dalamnya itu pon ok. Roti wrap tu lembut je. 

Fries itu memang sedap dan agak rangup.

Air 7Up macam biasa tapi rasa seperti agak terlebih manis. 

Markah kesedapan: 2.9/5


Kekenyangan:

Lepas habis makan semuanya, rasa just mengenyangkan je.  

Markah untuk kekenyangan: 2.9/5



Harga:

Harganya termasuk GST 6% ialah RM 8.90, agak berpatutan juga.

Markah harga: 3.9/5


Markah keseluruhan: 9.7/15
Peratus: 64.7%
Gred: B


Komen:

Rice wrap itu mungkin bersaiz jumbo tapi rasanya ia mungkin boleh bersaiz lebih besar lagi sikit. Air 7Up itu terasa agak terlebih manis, mungkin KFC boleh bagi pilihan air Revive atau 100Plus. Secara keseluruhan, kombo ini agak sedap dan agak mengenyangkan. Alhamdulillah.


Ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja, ia mungkin berbeza bagi individu yang lain.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin