Sunday, September 14, 2014

TM Unifi & HyppTV Sports Pack vs. ABNxcess & Astro Sports Bundle

Katakan seorang pengguna mahukan internet yang laju, minat sukan terutamanya EPL dan tidak banyak buat panggilan ke talian tetap TM.

Yang mana lebih berbaloi, samada langgan Unifi atau ABNxcess dan Astro?

Pilihan 1: TM Unifi + HyppTV Sports Pack


Apa yang Unifi offer

Pakej paling murah Unifi, VIP5 https://www.tm.com.my/Home/broadband/unifi/home/Pages/packages-VIP.aspx 
Kelebihan Unifi:
  • Reliable/ boleh dipercayai
  • Free call to TM fixed line
Kelemahan Unifi:
  • Panggilan ke mobile atau talian tetap bukan TM dikenakan cukai/ tax

Bayaran bulanan: RM 149

Channels di HyppTV:

Senarai channel di HyppTV https://www.tm.com.my/hypptv/PublishingImages/aboutus/channels_unifi.html

Kelebihan HyppTV:
  •  Masih ada siaran dan jelas walaupun hujan. 
Kelemahan HyppTV:
  • Semua 20 TV channel free nya macam tak best dan biasa atau jarang ditonton atau kurang menarik.

Kelebihan HyypTV https://www.tm.com.my/hypptv/pages/about.aspx#imeverywhere

Tambah HyppTV Sports Pack, RM 50 sebulan
Bayaran terkumpul = 149 + 50 = RM199 sebulan

Pakej Sukan HyppTV https://www.tm.com.my/hypptv/Pages/promo/sports_schedule.html

Pilihan 2: ABNxcess + Astro Sports Bundle


Pelan normal di ABNxcess http://www.abnxcess.com/hot-deals/normal-promo/

Bayaran bulanan: RM 69.99

Kelebihan ABNxcess:
  • Lebih murah dari Unifi
Kelemahan ABNxcess:
  • Masih belum tahu perkhidmatannya reliable atau tidak. Masih belum dengar pendapat orang yang menggunakannya. 
  • Ada 50 saluran/ channelnya yang macam tak best/ biasa. Semak saluran-saluran tersebut di link ini: http://www.abnxcess.com/xcess50/




Astro Sports Bundle http://www.astro.com.my/shop/chooseitems?id=132

Tambah Astro Sports bundle tanpa Mustika (Astro Citra, Warna/ Raja Lawak, Super Spontan), dengan bayaran RM 87.95 sebulan

Bayaran terkumpul: 69.99 + 87.95 = RM 157.94 (rounding ~RM 158 sebulan)


Astro Sport Bundle + Mustika http://www.astro.com.my/shop/chooseitems?id=132

Jika tambah Mustika (Astro Citra, Warna, Bella/ Raja Lawak, Super Spontan), bayaran jadi RM101.65 sebulan

Dan bayaran terkumpul menjadi 69.99 + 101.65 = RM 171.64 (rounding ~RM 172 sebulan)
Kelebihan Astro: 
  • Channels/ rancangan-rancangan lebih menarik sikit. 

Kelemahan Astro:
  • Tiada siaran apabila hujan lebat.  

Keputusan

Harga

Dari segi harga, memang ABNxcess + Astro menang. Bayaran ABNxcess + Astro Sports Bundle ialah ~RM 158 sebulan berbanding Unifi + HyppTV Sports Pack dengan bayaran bulanan RM 199. Dengan melanggan ABNxcess + Astro Sports Bundle boleh jimat ~RM 41.


Kebolehpercayaan/ Reliability

Untuk Unifi, memang dah banyak kita dengar yang perkhidmatannya/ kelajuan internetnya selalunya baik dan ok. Tetapi masih belum lagi dengar pendapat daripada pengguna ABNxcess, jadi tak tahu perkhidmatan internetnya reliable/ bagus atau tidak. Kali ini Unifi menang.


Kedudukan seri tetapi memandangkan pengguna tersebut tidak banyak membuat panggilan ke talian tetap TM dan lebih banyak buat panggilan ke talian mudah alih seperti Celcom dan Maxis, ditambah kelajuan pakej internet Unifi dan ABNexcess yang dibandingkan adalah sama (5Mbps), maka lebih sesuai pengguna tersebut melanggan ABNxcess + Astro Sports Bundle.

WAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin