MALAYSIA memasang sistem NGV pada kenderaan mereka selepas kenaikan harga petrol, tahun lalu, menunjukkan kurangnya minat pemilik kenderaan untuk menjadikan NGV sebagai alternatif.
Ini juga membuktikan orang ramai masih boleh menyerap peningkatan kos sara hidup meskipun harga bahan api dinaikkan.
Hal ini diakui Penolong Pengurus Abex Manufacturing Sdn Bhd Norliza Abdul Hadi di mana bengkelnya hanya menerima tempahan sistem NGV untuk 30 kenderaan setiap bulan bagi cawangan di Lembah Klang sejak harga petrol naik.
“Situasi sama berlaku di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu yang menunjukkan peningkatan agak perlahan bagi pemasangan sistem NGV.
“Berbeza di Johor Bahru, di mana kami menerima sehingga 50 kenderaan sebulan untuk memasang
sistem NGV. Bagi kenderaan komersil seperti bas dan teksi, penggunaan NGV menunjukkan peningkatan positif," katanya.
Katanya, sambutan terhadap penggunaan NGV amat mendukacitakan, walaupun ia boleh membantu mengurangkan perbelanjaan bahan api.
“Tiada tahu apa puncanya. Mungkin pengguna lebih suka guna petrol yang sememangnya mudah bagi mereka. Tidak perlu beratur panjang dan mudah didapati di mana-mana terutama di bandar atau pekan kecil,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Econgas NGV (M) Sdn Bhd Jeffrey harga petrol diumumkan hampir lima bulan lalu tidak membawa perubahan kepada perniagaannya malah syarikatnya terpaksa menutup tiga cawangan kerana tiada sambutan terhadap NGV.
Koordinator Sugoi NGV Teknologi Sdn Bhd Tan Geok Teng pula berkata, peningkatan besar dalam pemasangan NGV hanya dapat dilihat pada 2008 ketika harga petrol naik mendadak daripada RM1.92 seliter kepada RM2.70, dan trend itu kembali menurun pada 2009.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/orang-ramai-lebih-suka-petrol-walaupun-mahal-1.249210
No comments:
Post a Comment