Tuesday, October 21, 2014

Review - KFC's Tokyo Black Pepper Mushroom Individual Combo

http://www.kfc.com.my/promotion/

Chicken Chop Combo B (Hot & Spicy)

Kesedapan: Ayam chicken chop tu agak besar dan memang sedap. Cendawan dan sos lada hitam juga sedap dan agak pedas sikit dan jadi lebih pedas ditambah dengan kepingan ayam hot & spicy itu. Rasa kuat lada hitam sedikit menutup rasa cendawan. Nasi seperti nasi putih biasa yang dimasak dengan baik. 
Markah: 3.8/5

Kekenyangan: Mengenyangkan dan sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang makan mesti nak ada nasi. 
Markah: 3.9/5

Harga: RM 13.90 + RM 1 (sebab tukar air ke twister oren) + RM 0.90 (6% govt tax) = $ 15.80 . Ok lah harganya.
Markah: 3.8/5

Markah Keseluruhan: 11.5/15
Peratus: 77%
Gred: B

Komen: Ais diletak terlalu banyak dalam oren twister, bila sampai rumah ais dah cair dan  kurang sikit rasa sebenar twister oren itu. Harap dapat letak lebih banyak shiitake mushroom dalam kuah lada hitam itu. Rasa sos lada hitam itu memang sedap tetapi sedikit menutup rasa cendawan itu. Mungkin boleh buat dan sediakan 2 sos berasingan, satu sos cendawan shiitake dan lagi satu sos lada hitam.

Pengguna: Alhamdulillah, secara keseluruhan hidangan ini sedap dan mengenyangkan.

Sunday, October 12, 2014

8 Kereta Nasional Yang Paling Mampu Dimiliki (Transmisi Auto)

1. Perodua Viva S - Automatic


RM 29,486.45 (Solid) 

http://www.perodua.com.my/ourcars/viva-s/overview/features

2. Perodua AXIA -1000 G Automatic


RM 32, 800 (Solid)

http://www.perodua.com.my/ourcars/axia/overview/intro


3. Proton SAGA SV CVT

RM36,488.15 / Solid

http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Saga%20FLX/Model%20Gallery%20Page.aspx#GALLERY

4. Perodua Myvi XT EZ1 - 1300cc Automatic


RM 44,936.45 


RM45,438 / Solid

http://www.proton-edar.com.my/en/Models/The%20all%20new%20Proton%20IRIZ/Model%20Features%20Page.aspx#FEATURES


6. Proton Persona 1.6 SV Automatic

RM48,021.50 / Solid

http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Persona/Model%20Gallery%20Page.aspx#GALLERY


7. Proton SATRIA NEO 1.6 AT STANDARD

RM54,427.00 / Solid

http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Satria%20Neo%202013/Model%20Gallery%20Page.aspx#GALLERY


8. Perodua Alza EZ - 1.5L Automatic

RM 55,413.50 

http://www.perodua.com.my/ourcars/alza/overview/intro

p/s: Dalam senarai di atas, ada 4 kereta Perodua dan 4 kereta Proton, jadi kedudukan seri. Harap ada pembuat kereta yang akan mengeluarkan kereta bawah RM 20, 000.


[BONUS]

Monday, October 6, 2014

Cara-Cara Nak Jimat Belanja

1. Catat pendapatan dan perbelanjaan anda setiap hari

Sediakan buku catitan untuk mencatat perbelanjaan dan pendapatan anda pada setiap hari atau setiap bulan. Digalakkan catat perbelanjaan harian anda pada setiap malam atau pagi keeseokkan hari dalam buku catitan atau dalam smartphone anda

Contoh,

Rabu, 16 Julai 2014                                     Kredit (Pendapatan, RM)    Debit(Perbelanjaan, RM)
                                                                       - Gaji di Syarikat X, 260           - Teksi, 10
                                                                                                                         - Breakfast, 3
                                                                                                                         - Lunch, 6
                                                                                                                         - Dinner, 10

Kemudian, pada setiap minggu (contoh setiap pagi Ahad) atau setiap hari, catatkan perbelanjaan dan pendapatan yang dicatit dalam buku itu ke dalam Microsoft Excel atau Open Document Spreadsheet.

Dapatkan E-book/ fail Catitan Perbelanjaan Bulanan 2014 dalam format Microsoft Excel atau Open Document Spreadsheet di sini:
http://uniqmart.blogspot.com/2014/10/e-book-catitan-perbelanjaan-bulanan-2014.html



Dengan itu, perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, kemungkinan untuk terlebih belanja atau boros akan berkurang.


2. Adakan bajet harian dan bulanan

Contoh 1,
Sebelum nak pergi ke pasaraya untuk beli barang dapur, senaraikan dahulu barang yang nak dibeli dan tetapkan perbelanjaan maksimum (cth: RM 60).

Contoh 2,
Sebelum pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka, senaraikan atau fikirkan dahulu makanan apa yang nak dibeli dan sasarkan untuk berbelanja tidak melebihi contoh RM 12.

Dengan itu, kemungkinan untuk terlebih belanja atau boros akan berkurang.


3. Gunakan kupon untuk beli barang

Gunakan laman seperti Groupon untuk beli barang dengan diskaun. Sebelum itu, bandingkan dahulu harga barang di Groupon ini dengan harga barang yang sama di kedai online yang lain seperti Lazada dan di pasaraya-pasaraya berdekatan anda. Dapatkan lebih kurang 3 harga dan bandingkan.

Contoh: Nak beli Exercise Bench

Harga di Groupon: RM 148

http://www.groupon.my/deals/national-deal/pragmatic-trading-5/718384865

Harga di Lazada: RM 188

http://www.lazada.com.my/multifunction-foldable-ab-crunch-sit-up-bench-fast-6-packs-abs-553245.html


Harga bench yang lebih kurang sama di Lazada: RM250

Harga bench yang lebih kurang sama di Lazada http://www.lazada.com.my/sit-up-bench-569759.html

Jadi, untuk exercise bench, harga di Groupon adalah paling murah berbanding 2 bench lain yang agak sama di Lazada.


4. Survei harga untuk sesuatu barang

Buat survei atau bandingkan harga sesuatu barang yang nak dibeli di laman seperti Lazada dan pasaraya berdekatan dengan anda. Contohnya seperti exercise bench di atas. Dapatkan lebih kurang 3 harga dan bandingkan.


5. Beli barang-barang dapur jenama home brand atau jenama KR1M. 

Tesco Everyday ValueKedai Rakyat 1Malaysia - Kedai Rakyat 1 Malaysia is a shop operating on a mini market format, which provides various basic necessities at affordable prices.

Kenapa perlu bayar lebih jika kualiti barang home brand itu lebih kurang sama dengan jenama terkenal yang lebih mahal. Terutamanya barang seperti tisu, pastik sampah dan sebagainya. Tapi jika harga barang homebrand lebih kurang sama dengan barang berjenama yang lebih berkualiti, mungkin boleh dipertimbangkan barang berjenama tersebut.


6. Beli barang secara banyak

Beli barang yang pek besar terutamanya seperti beras, minyak untuk stock sebulan. Lebih menjimatkan bila beli pek besar berbanding beli pek kecil banyak kali.


7. Berbasikal atau naik pengangkutan awam

https://bikeeastbay.org/campusbikeway

Dengan kenaikan harga minyak, mungkin kita boleh berbasikal untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak berapa jauh. Bukan saja menjimatkan malah menyihatkan. Mungkin kerajaan boleh buat lebih banyak laluan untuk basikal yang lebih selamat.



WAllahua'lam.

Wednesday, October 1, 2014

Review - Tesco Online Shop

Hari itu saja nak cuba order barang dari Tesco Online. Free delivery dan online voucher RM10 membuatkan saya lebih berminat untuk mencuba beli di sini.

22 barang diorder dan lebih kurang sejam juga saya membeli-belah di Tesco online.
Beberapa kali saya cari barang di 'search'. Cari jam dinding memang tak jumpa. Rupanya lebih senang jika kita letak nama produk atau brand tersebut. Cara cari di 'search' ini mudah jika anda sudah tahu nama brand barang yang anda nak beli itu.

Tetapi bagi yang nak cari satu barang yang tidak tahu nama brandnya, cara paling senang ialah dengan menekan sub-tab/ bahagian barang di bawah 'Groceries'.

Contoh, jika saya nak cari telur sekarton, saya tekan sub-tab 'Fresh Food'. Kemudian, tekan 'Chicken Eggs'. Tukar 'Sort By' ke 'Price: Low to High' dan 'Go'. Dengan itu, lebih mudah untuk buat perbandingan harga sesuatu barang yang kita nak beli (rujuk gambar di bawah).

http://eshop.tesco.com.my/en-GB

http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Product/BrowseProducts?taxonomyId=Cat00002118&SortBy=PriceAscending

Apa yang boleh diperbaiki

Harap pihak Tesco Online dapat meletakkan lebih banyak details/ deskripsi pada produk-produk yang mereka jual. Kebanyakkan deskripsi yang sedia ada terlalu ringkas. Harap dapat letak deskripsi yang lebih lanjut seperti logo Halal, kandungan nutrisi dan bahan-bahan/ ingredients.  Harap dapat letak juga gambar bahagian depan dan belakang produk dengan lebih jelas  sehingga nampak logo halal, bahan/ ingredients dan kandungan nutrisi. 
   
Satu lagi kelemahan bila beli barang secara online ialah sukar nak bayangkan saiz sesuatu barang itu atau tak pasti besar mana sesuatu barang itu.

Contoh barang yang deskripsinya terlalu ringkas. Gambar depan sahja, tiada gambar belakang, tidak nampak logo halal, bahan-bahan dan nutrisi
http://eshop.tesco.com.my/en-GB/ProductDetail/ProductDetail/7003107469

Barang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran pula saya dapati terdapat penambahan harga dan berat berbanding dengan apa yang saya order. Hal ini boleh diterima asalkan lebihan berat dan harga sayur dan buah itu sedikit sahaja kerana memang susah nak buat berat buah atau sayur tepat 1 kg (contohnya). .

Kelebihan

Memang banyak pilihan produk dan brand yang ada di sini, jadi boleh buat pilihan nak beli yang mana.

Harga bebarapa barang terutamanya yang promosi sedikit murah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Laman webnya menarik, mudah difahami dan digunakan


Penghantaran barang

Order barang hari Ahad dan pilih untuk barang dihantar keesokan harinya (Isnin) jam 10 pagi - 12 tengahari. Keesokkan harinya (Isnin) barang telah sampai pada jam lebih kurang 1 petang, lewat lebih kurang sejam, tidak mengapa sebab ramai yang order bila free delivery.

Alhamdulillah, barang yang saya order sampai dengan betul dan selamat. Tiada dapat barang yang saya tak order atau tiada silap barang. 2 barang sahaja yang tiada/ kehabisan stok.


Bayaran

Setakat ini, hanya bayaran kredit/ debit kad sahaja diterima. Tetapi, penghantar barang beritahu kadang-kadang ada juga terima tunai jika card reader tidak berfungsi/ tiada signal/ line. Tidak pasti kenapa masih belum menerima Cash on delivery (COD). Mungkin dengan debit/ kredit kad akan memudahkan transaksi.

Secara keseluruhan, bagi saya pembelian barang di Tesco online adalah memuaskan dan memudahkan. Tetapi untuk produk seperti sayur dan buah-buahan, bagi saya lebih baik kita pergi ke kedai/ pasaraya itu dan lihat sendiri.

WAllahua'lam.

LinkWithin

LinkWithin