Monday, April 20, 2015

Pengguna Unifi VIP5 Kena Bayar Lebih Sempena GST

https://www.tm.com.my/gst/default.aspx

Bila saya tengok kenyataan dari laman web TM seperti di atas, ingatkan tiada perubahan pada harga Unifi VIP5 (dengan kelajuan 5 Mbps) yang dilanggan. Ingatkan RM149 sebulan sebelum ini termasuk dengan cukai perkhidmatan 6% kerajaan dan GST 6% akan menggantikan cukai perkhidmatan tersebut, oleh itu tiada perubahan harga.

Rupanya tidak kerana selepas GST dilaksanakan GST 6% dikenakan atau pengguna Unifi VIP5 kena bayar tambahan RM8.94 (rounding RM8.95).

Berikut adalah bayaran yang dikenakan kepada pengguna Unifi VIP 5 sebelum dan selepas GST:

Sebelum GST: RM149
Selepas GST: RM157.95 (+RM8.95)



Bayaran Sebelum GST: RM 149

Bayaran Selepas GST: RM 157.95

Rasanya mungkin majoriti pengguna Unifi Home sekarang ialah yang melanggan VIP5. Saya percaya, ramai pengguna internet mahu bayar bil internet yang sama atau lebih murah, bukannya lebih mahal.

Cadangan: Unifi perlu adakan satu lagi pakej iaitu internet 5Mbps sahaja tanpa HyppTV dan talian tetap TM dengan kadar bayaran RM50-70 sahaja sebulan.




Saturday, April 11, 2015

Inovasi Shopping Terbaru - Amazon Dash

Amazon memperkenalkan cara terbaru shopping dengan menggunakan alat yang dipanggil Amazon Dash. Cara nak gunanya hanya perlu scan barcode barang yang nak dibeli di rumah atau hanya perlu sebut barang tersebut. Kemudian semak barang-barang yang nak dibeli di laman web. Barang akan sampai keesokan harinya di depan pintu rumah. Antara kebaikan cara shopping ini adalah pembeli boleh terus beli barang kegunaan harian yang hampir habis. Jom tengok video Amazon Dash tersebut:

LinkWithin

LinkWithin