Wednesday, January 22, 2014

Review - Secret Recipe Cake (Durian Durian)

Lokasi: KL Festival City Mall

Details Makanan: Sepotong kek Durian Durian (seasonal) dari Secret Recipe. Ada kacang di tepi. Lapisan paling atas tak rasa durian dan 3 lapisan di bawah memang rasa durian yang sedap.



Harga

Sepotong RM 7.50 + 6% Govt Tax (RM 0.45) = RM 7.95
Sebiji RM 82.00

*Tahap Kesedapan: 4/5 (sedap)

*Tahap Kepuasan : 4/5 (berbaloi2)

Markah Harga: 2.5/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 10.5/15

Peratus: 70% (B)

Pros: Memang rasa sedap seperti durian. Tekstur kek juga lembut.

Cons: Kek ini dibuat ikut musim, jika musim durian ada la, jika bukan musim mungkin tiada. Harga agak mahal, mungkin sebab secret recipe nak orang rasa 'premium' untuk produknya.

Kesimpulan/ Bottom line: Memang sedap, sesuai untuk special occasions berpadanan dengan harganya.

* Kesedapan dan kepuasan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.


Sunday, January 19, 2014

Alat curi Wi-fi

Dari mymetro: http://www.hmetro.com.my/articles/AlatcuriWi-fi/MA/Article

Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.
Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online. 
Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit. 

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.
Foto
Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

p/s: someone has to do something with this. Curi Wifi orang kira mencuri juga la kan.


Friday, January 17, 2014

Review - Kebab Turki Baba Rafi (Beef + Chicken)



Lokasi: Tingkat G, Wangsa Walk

Details Makanan: Kebab Chicken + Beef + cheese (sebenarnya kena pilih kebab beef atau chicken sahaja tapi saya minta nak try campur chicken dan beef)

Harga

Kebab Chicken RM 6.50
Kebab Beef RM 6.50
Kebab Beef + Chicken + Cheese (RM 0.50) = RM 8.00

*Tahap Kesedapan: 3/5 (ok la)

*Tahap Kekenyangan : 3/5 (ok la)

Markah Harga: 3/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 9/15

Peratus: 60% (B)

Pros: Keseluruhannya biasa sahaja. Gulungan tortila lembut dan rangup. Panjang kebab sesuai dengan harganya. Daging lembut.

Cons: Tiada pilihan untuk pilih sayur dan sos apa yang kita nak. Cheese tidak terasa sangat.

Kesimpulan/ Bottom line: Rasa dan bentuk memang seperti Kebab Turki. Lebih bagus jika diberi pilihan untuk pilih sayur dan sos apa yang kita nak letak seperti yang Subway buat.

* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.


Gambar dari: http://babarafi.com/new/en/kebab/ (Gambar kebab yang dibeli hampir sama dengan gambar di atas)



Monday, January 13, 2014

First Impression - Perodua Alza Baru

Tahniah Perodua kerana hasilkan MPV bersaiz sederhana yang cantik, pelbagai fungsi menarik dan berharga berpatutan. Kereta ini insha Allah akan membuatkan Top Gear terkejut.

Dulu rasanya rakyat Malaysia berbangga dengan MPV luar seperti Toyota Avanza, Nissan Grand Livina etc.. Tapi sekarang Proton dan Perodua dah keluarkan MPV yang setanding dengan MPV luar melalui Exora dan Alza.

Bonus: Iklan Perodua Alza. Menarik dan informatif.




Saturday, January 11, 2014

Review - McD Prosperity Meal (Beef)



Lokasi: McD Aeon Wangsa Maju

Details Makanan: Meal atau combo yang mengandungi

1 x Beef Prosperity Burger
1 x twister fries
1 x prosperity mcfizz

Harga: 

Asal - RM  11.95
Selepas 6% Govt Tax - RM 12.65

*Tahap Kesedapan:

Beef burger - 3/5 (ok la)
twister fries - 4/5 (sedap)
mcfizz - 3/5 (ok)

average - 10/3 = 3

*Tahap Kekenyangan (keseluruhan): 4/5 (mengenyangkan)

Markah Harga: 3.5/4 (ok la)

Markah Keseluruhan: 10.5/15

Peratus: 70% (B)

Pros: Keseluruhannya ok. Twister fries tu sedap, jika beli tempat lain kurang sikit. Beef burger, sosnya dan mcfizz pon ok. Alhamdulillah.

Cons: Daging rasa sedikit seperti kurang segar, bawang pada burger kurang segar.

Kesimpulan/ Bottom line: Harap McD akan jual twister fries tu sepanjang masa. Meal ni mungkin akan lebih sedap jika air jus oren minute maid itu tidak dicampur Sprite. 


* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.







Bahaya makan daging 'kebal'

Bahaya makan daging 'kebal'

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa supaya mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan bagi mengelakkan rakyat di negara ini memakan makanan yang berisiko tercemar dengan bakteria.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, selain pengharaman itu, kerajaan juga digesa supaya mewujudkan sistem kebangsaan untuk memantau penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan termasuk tindakan untuk memperbaiki dan memperhalusi pengumpulan data ke atas penggunaan antibiotik di negara ini.

“Kementerian yang berkenaan juga digesa supaya memantau kekebalan dan mengesan perubahan dalam kekebalan antibiotik melalui pengawasan yang berterusan di peringkat negara, negeri dan tempatan. Ia bagi mengenalpasti masalah kesihatan supaya tindakan mengubati dapat dilakukan tepat pada masanya untuk melindungi kesihatan manusia dapat diambil.

“Selain itu, kerajaan juga digesa supaya mewujudkan garis panduan bagi ahli veterinar untuk mengurangkan penggunaan berlebihan dan penyalahgunaan antibiotik dalam makanan haiwan.

Kerajaan juga perlu memantau produk daging import bagi pencemaran kuman kebal antibiotik dan penguatkuasaan peraturan yang lebih tegas,” katanya kepada media semalam.

S M Mohamed berkata, beberapa kajian ke atas daging seperti ayam, daging lembu, kambing dan burger beku didapati mengandungi bakteria kebal antibiotik yang amat membimbangkan.

“Menikmati makanan yang tercemar dengan bakteria kebal antibiotik boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa termasuk menyukarkan sesuatu rawatan dilakukan. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada 2012 mendapati, separuh daripada ayam tempatan kebal kepada ampicilin, sulfonamida dan tetrasiklin.

“Sampel makanan seperti daging lembu, kambing dan ayam juga didapati mempunyai salmonela yang kebal kepada antibiotik. Salmonela menyebabkan cirit-birit, demam dan kejang abdomen,” katanya.

Menurutnya, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, penggunaan antibiotik pada ternakan umumnya tidak berasaskan prinsip saintifik yang sewajarnya.

“Di Malaysia pada masa ini terdapat 97 antibiotik berdaftar untuk digunakan. Kebanyakan ubatan berdaftar ini digunakan dalam ternakan ayam itik dan babi, sedikit untuk lembu dan kambing.

“Lebih daripada separuh antibiotik (ramuan aktif) berdaftar dengan Kementerian Kesihatan untuk makanan haiwan tidak disarankan untuk kegunaan veterinar oleh WHO.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bahaya-makan-daging-kebal-1.239513#.UtFVgCtNQKw.google_plusone_share

p/s: Harap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dapat ambil berat tentang perkara ini.

Wakaf, zakat kurang berkesan di Malaysia

SHAH ALAM - Konsep Islam yang terbukti mampu menjana ekonomi negara, wakaf dan zakat dilihat kurang berkesan di Malaysia.

Kelemahan ini dikesan kerana tiada pelaksanaan yang menyeluruh dalam perkara itu.

Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohamad Sahar Mat Din berpendapat zakat dapat menyelesaikan masalah masyarakat manakala wakaf mampu membina tamadun.

"Kita kena belajar daripada sejarah. Mesir pun diselamatkan oleh wakaf Universiti Al-Azhar. Jadi, kita boleh lihat betapa kukuhnya institusi wakaf itu.

"Ingat yang membina tamadun itu wakaf. Zakat pula menyelesaikan masalah masyarakat. Tapi di negara kita wakaf dan zakat kurang berkesan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan institusi wakaf ekoran inisiatif kerajaan dilihat kurang dalam mengusahakan perkara tersebut selepas menyebutnya dalam bajet sebelum ini.

"Selain daripada satu entiti di bawah Johor Corporation (Jcorp), Wakaf Annur Corporation Berhad, kita ketandusan.

"Kerajaan tidak usahakan inisiatif Bajet 2013 sebelum ini yang ada sebut nak bangunkan wakaf korporat.

"Kerajaan perlu segera wujudkan institusi wakaf untuk selamatkan aset seperti Felda selain elak ketirisan," katanya.

Mengulas mengenai manfaat institusi wakaf, beliau menekankan melalui institusi wakaf beban kerajaan dapat diringankan.

"Beban kerajaan akan ringan. Perbelanjaan negara dah berpuluh tahun defisit. Kerajaan tanggung semua perkara.

"Jadi, apabila diagih tugas kepada institusi wakaf, ringanlah sedikit," katanya.

Malah menurutnya beberapa institusi seperti pendidikan juga perlu diwakafkan ekoran universiti di negara ini tiada usaha untuk menjana pendapatan sendiri.

"Universiti kita sekarang tak produktif. Ada tanah, bahan kajian dan bangunan tapi tak guna.

"Apa-apa minta daripada kerajaan. Jadi, kalau dah wakafkan, kerajaan tak perlu tanggung lagi," katanya.

Menyentuh soal situasi ekonomi negara, katanya tiada perubahan dalam sistem ekonomi meskipun transformasi sudah diuar-uarkan sejak dulu.

"Kalau ekonomi sekarang ini diteruskan... tak transformasi pun. Kita masih guna sistem lama, yang kaya terus kaya. Jurang antara kaya dan miskin makin jauh.

"Bank islamik di negara ini pun berorientasikan keuntungan. Kalau diwujudkan bank wakaf, boleh berikan margin yang lebih rendah daripada bank yang sekarang ini beri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/wakaf-zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109

p/s: Mungkin kerajaan perlu tubuhkan jabatan atau kementerian wakaf dan zakat supaya zakat dan wakaf memberi lebih faedah dan kesan kepada umat Islam terutamanya di Malaysia.

Heed Australian lesson, says Dr Mahathir, warning of fallout from trade pact

The imminent demise of the Australian-made car Holden is a stark warning to Putrajaya to think carefully before signing the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said the Holden was about to cease production despite the Australian government's annual grant of A$200 million (RM600 million) to General Motors, the owners of Holden.
In his latest blog posting, Dr Mahathir said the Holden was not selling well Down Under as consumers preferred foreign-made vehicles.
"Once Japanese cars entered the Australian market, it marked the death knell of the Holden. The Australian government saw Free Trade Agreements (FTA) as a lifesaver."
"They thought if they liberalised imports through FTA, there would be bigger markets for domestic products," he said.
Dr Mahathir revealed that he learnt a lot about the Australian automotive market during a visit there recently.
"Unfortunately, Australia discovered to its cost that its products could not compete with the products of its trading partners in terms of quality, design and price.
"Domestically, the Australian products were struggling to survive, what more abroad where there was less interest and customers.”
"Putrajaya was going about the wrong way to make Malaysia a developed nation by 2020, as spectacular buildings and shining skyscrapers would not help the country."
Dr Mahathir said Australia, like developed European nations, practiced socialist ideas such as increasing salaries and wages annually even if the businesses were not making a profit.
"The FTA has further aggravated the domestic scene as foreign goods flood into the Australian market without the same occurring vice versa," he added.
He said with the demise of Australian car manufacturers, the Australian vendors of components and spare parts have lost their market.
"But they do not need to worry as Malaysia is charging to their rescue. They have been invited to come and set up component manufacturing here," Dr Mahathir said.
"With cheap Malaysian labour, the Australians will become competitive again while Malaysian vendors will lose their local market, especially if the TPPA is signed."
He also pointed out that Putrajaya was going about the wrong way to make Malaysia a developed nation by 2020, as spectacular buildings and shining skyscrapers would not help the country.
He said that a lot of the foreign direct investment (FDI) which Malaysia attracted was for the construction of buildings.
"While the sums are huge, I do not think that Malaysia benefits that much. The technology used to design and construct the buildings is not something Malaysia does not already have.
"The construction of such buildings benefits the foreign workers more than it benefits Malaysia. The foreign workers will pocket their salaries and remit it back to their homeland."
Dr Mahathir said what Malaysia needed to improve its income was investment in high-tech industries, as higher qualified Malaysians could work in these fields.
He expressed confidence that there were a lot of qualified Malaysians in the market, noting that a few thousand vacancies in the government service attracted more than a million applications.
"For Malaysia to become a developed nation, we need to diversify. The shiny new buildings and skyscrapers do not mean Malaysia is a developed nation, whatever the per capita income may be."
Dr Mahathir, who once held the finance portfolio, said currently, the government placed emphasis on making sure that foreign imported goods were cheap for local consumption.
"This leads to outflow of funds, contributing to deficits which means the country's fiscal deficit gets worse," he said.
"Diminished market for local products can lead to the cessation of local production, which equals to lower purchasing power domestically and less money to purchase imported goods.
"The per capita income and Malaysia's Gross Domestic Product would also be adversely affected due to less consumption," Dr Mahathir said, adding he did not know whether this was good for growth. - January 11, 2014.
p/s: Setuju dengan Tun kali ni, sebab itu la kerajaan kena protect Proton dan tolong jangan tandatangani perjanjian TTPA itu.

Sunday, January 5, 2014

Review - Subway 6-inch sub Turkey Breast & Chicken Slice

Lokasi: Subway Aeon Big, Wangsa Maju

Details Makanan:

6-inch sub












Bread - Italian Melt
Bonus Tip: Roti yang nampak bijirin2nya spt parmesan oregano lebih sedap dari roti yang nampak plain.


Plus cheese

Tambah lettuce dan onions


Kombinasi sos: chilli + BBQ + honey mustard
bonus tip: Tambah campuran olive oil sekali

Harga: RM 7.50 (non-combo), RM 9.90 (combo dengan air mineral 600 ml)

*Tahap Kesedapan: 4.5/5 (sedap sangat la ni)

*Tahap Kekenyangan (sejauh mana makanan itu mengenyangkan): 3.5/5 (ok la)

Markah Harga (semakin mahal, markah semakin sikit): 3.5/5 (ok la)

Markah Keseluruhan: 11.5/15

Peratus: 77% (B)

Pros: Keseluruhannya sedap, sayur2 rasa segar, roti lembut, serba-serbi (turkey breast, chicken slice dan sos) pon sedap seperti Subway yang pernah dirasa di Australia. Mungkin juga lebih menyihatkan (ada sayur dan kurang kandungan lemak) dari fast food yang lain. Alhamdulillah.

Cons: 6-inch sub mungkin agak kecil sedikit untuk seorang lelaki dewasa. 

Kesimpulan/ Bottom line: Akhirnya jumpa fast food yang sedap selain dari McD, KFC dan Pizza Hut.


* Kesedapan dan kekenyangan sesuatu makanan adalah mengikut pandangan penulis yang mungkin akan berbeza bagi individu yang lain.





LinkWithin

LinkWithin