Monday, February 10, 2014

Harga 24 barang keperluan berbeza

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan ’Price Watch’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menurut kenyataan kementerian tersebut hari ini, barang keperluan itu merangkumi barang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan.
Buah betik di Perak berharga RM2.10 sekilogram berbanding RM3.60 sekilogram di Terengganu. Buah tembikai merah tanpa biji dijual RM2 sekilogram di Kelantan dan Melaka manakala di Pahang RM3.30 sekilogram.
Harga nanas di Sabah adalah RM4.10 sebiji berbanding RM2.50 sebiji di Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.
Bagi ikan dalam tin (sardin) pula dijual pada harga RM6.40 bagi 425 gram di Sabah berbanding RM7.10 di Putrajaya. Harga ikan bilis Gred B (saiz sederhana) adalah RM16.70 sekilogram di Perlis dan Kelantan, manakala di Labuan RM26.50 sekilogram.
Maklumat penuh mengenai harga barangan lain boleh diperoleh dalam akhbar Utusan Malaysia, esok. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140210/dn_34/Harga-24-barang-keperluan-berbeza#ixzz2swBLqqsD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140210/dn_34/Harga-24-barang-keperluan-berbeza

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin