Saturday, January 3, 2015

Respon Peniaga: Kandungan Kalori Dalam Sebiji Donut Big Apple

Biasanya bila dah lama tak makan donut Big Apple, selalu rasa teringin nak makan, seperti mengidam pula. Makan sebiji terasa nikmatnya. Memang tidak disangkal yang donut Big Apple memang banyak pilihan/ varian dan sedap terutamanya yang cheese dan varian durian yang sudah lama tidak kelihatan. Selepas makan 2 biji sudah mula rasa muaknya dan apabila makan 3 biji dah tak larat nak makan lagi. Jadi apakah yang menyebabkan rasa cepat muak selepas makan beberapa biji donut (merujuk kepada semua donut, bukan Big Apple je) itu? Mungkinkah kandungan gula, lemak atau kalori yang tinggi?

http://www.bigappledonuts.com/the_menu.htm

Jadi untuk jawab soalan itu, perlu tahu mengenai maklumat pemakanan (kandungan nutrisi, jumlah gula dan kalori) untuk setiap biji donut Big Apple ini. Bila cari di laman web Big Apple dan di kotak bungkusan, tiada pula maklumat pemakanan tersebut. Cuba pula tanya di FB Big Apple dan berikut adalah respon dari Big Apple apabila ditanya mengenai kandungan nutrisi, gula dan kalori bagi sebiji donut Big Apple:

Respon Big Apple melalui FB. Respon yang diterima agak cepat iaitu  sehari selepas soalan ditanya. Typo: kandungan*, dipastikan*

Jawapan yang diberi ialah lebih kurang 150 kcal bagi sebiji donut Big Apple. Soalan berikutnya mengenai kandungan gula tidak pula dijawab. Jadi, jika makan 2 biji, nilai kalorinya ialah 300 dan nilai kalori untuk 3 biji ialah 450. Nilai ini mungkin anggaran sahaja. Varian/ topping donut yang berlainan tentunya mempunyai nilai kalori yang berlainan. Kandungan yang lain seperti gula tidak pula dapat dipastikan.

Berdasarkan panduan nilai kalori di bawah, sebiji donut Big Apple  mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan kuih lapis, kuih talam dan mi goreng. Nilai kalori bagi dua biji donut Big Apple pula hampir sama dengan capati dan roti canai. Nilai kalori tiga biji Big Apple hampir sama dengan kek biasa, kuih tat nenas dan kuih kacang.  

http://www.hmetro.com.my/infografik?page=10
Kandungan gula tidak pula dapat dipastikan, yang pasti semua donut, bukan Big Apple je biasanya memang manis. Tak pasti juga samada peniaga mesti atau tidak meletakkan maklumat pemakanan di laman web mereka. Jadi, persoalan apakah yang menyebabkan cepat rasa muak selepas makan beberapa donut Big Apple masih belum dapat dijawab. Harap sesiapa yang pakar dalam bidang pemakanan ini dapat menjawabnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin