Wednesday, July 8, 2015

Petikan Akhbar: Minyak jatuh cecah AS$56 setong

BH Online RABU, 8 JULAI 2015 @ 6:56 PM

"Minyak jatuh cecah AS$56 setong

LONDON: Minyak jatuh kepada AS$56 setong hari ini dalam dagangan tipis berikutan pasaran saham China merudum dan kemelut hutang Greece membangkitkan kebimbangan mengenai pertumbuhan sederhana yang boleh menjejaskan permintaan minyak. Minyak mentah Brent pula jatuh 66 cents kepada AS$56.19 setong selepas mencecah AS$55.10 pada sesi pagi, paras terendah sejak 6 April manakala kontrak AS, WTI jatuh 57 cents kepada AS$51.76. Antara faktor menurunkan harga minyak adalah penurunan pasaran ekuiti China yang menjejaskan permintaan minyak, kemungkinan penyelesaian perjanjian nuklear dengan Iran dan krisis Greece.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66675"

P/s: Harga minyak dunia jatuh, harap harga minyak di Malaysia turunla pada bulan depan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin