Monday, April 20, 2015

Pengguna Unifi VIP5 Kena Bayar Lebih Sempena GST

https://www.tm.com.my/gst/default.aspx

Bila saya tengok kenyataan dari laman web TM seperti di atas, ingatkan tiada perubahan pada harga Unifi VIP5 (dengan kelajuan 5 Mbps) yang dilanggan. Ingatkan RM149 sebulan sebelum ini termasuk dengan cukai perkhidmatan 6% kerajaan dan GST 6% akan menggantikan cukai perkhidmatan tersebut, oleh itu tiada perubahan harga.

Rupanya tidak kerana selepas GST dilaksanakan GST 6% dikenakan atau pengguna Unifi VIP5 kena bayar tambahan RM8.94 (rounding RM8.95).

Berikut adalah bayaran yang dikenakan kepada pengguna Unifi VIP 5 sebelum dan selepas GST:

Sebelum GST: RM149
Selepas GST: RM157.95 (+RM8.95)



Bayaran Sebelum GST: RM 149

Bayaran Selepas GST: RM 157.95

Rasanya mungkin majoriti pengguna Unifi Home sekarang ialah yang melanggan VIP5. Saya percaya, ramai pengguna internet mahu bayar bil internet yang sama atau lebih murah, bukannya lebih mahal.

Cadangan: Unifi perlu adakan satu lagi pakej iaitu internet 5Mbps sahaja tanpa HyppTV dan talian tetap TM dengan kadar bayaran RM50-70 sahaja sebulan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin