Monday, March 2, 2015

Surat Terbuka kepada FAM: Cadangan Penambahbaikan Liga Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Dear FAM,

Seperti sedia maklum hak penyiaran Liga Malaysia 2015 telah diberi kepada Media Prima dan RTM. Ada beberapa kelebihan dan kelemahan yang dikenalpasti oleh peminat-peminat bola sepak tetapi secara keseluruhannya ianya mengecewakan peminat bolasepak Malaysia kerana:

1. Kualiti video siaran di Media Prima dan RTM kurang dari kualiti video siaran di Astro pada tahun lepas. Kualiti video siaran bolasepak di Astro untuk Liga Malaysia pada tahun lepas lebih baik, lebih jelas, lebih menarik dan jurukamera lebih kreatif. Pada awal musim, FAM dikatakan menandatangani kontrak penyiaran dengan MP Silva, ingatkan kualiti siaran akan bertambah baik tapi sebaliknya bertambah hambar.

Baca lagi komen peminat di sini: https://www.facebook.com/fam.org.my?fref=nf

2. Pada tahun lepas, siaran di Astro juga ada menyiarkan program-program berkaitan liga Malaysia seperti ulasan taktikal, highlights dan gol terbaik. Laman web liga M di Astro juga memuaskan dan siap ada highlight setiap perlawanan di Youtube. RTM ada buat highlight iaitu Wisel Penamat tetapi sepanjang 30 minit itu hanya highlight untuk satu perlawanan sahaja, peminat nak highlight semua perlawanan liga pada malam itu dalam masa 30 minit. Terasa janggal bila saluran 801 tiada siaran bola liga Malaysia dan pada tahun lepas walaupun hanya satu channel iaitu 801 sudah rasa memuaskan berbanding sekarang walaupun ada 3 channel; TV1, TV3 dan TV9.


3. Perlawanan Piala FA tiada siaran langsung ataupun tertunda walaupun melibatkan perlawanan menarik seperti Pahang menentang JDT. Ketika tumpuan peminat bolasepak tempatan kini tertumpu pada liga tempatan, pada masa ini juga FAM mengecewakan kami. 

4. Cadangan penambahbaikan: Beri kembali hak penyiaran kepada Astro dan kekalkan hak penyiaran kepada RTM dan Media Prima, dalam masa sama Astro perlu mengajar atau kongsi kepakaran mereka kepada RTM dan Media Prima. 

5. Kelebihan siaran di Media Prima dan RTM ialah penonton boleh juga menonton siaran di Laptop atau tablet mereka menerusi laman web TONTON dan laman web RTM secara live dan percuma. Di Astro pada tahun lepas juga ada menerusi Astro On the Go. Kelebihan lain ialah kini ada 3 saluran/ channel siaran iaitu TV1, TV3 dan TV9 bermakna sepatutnya paling kurang boleh siar 3 perlawanan pada satu malam.

6. Padang di stadium yang tidak mencapai tahap standard untuk liga peringkat tertinggi negara. Contoh, padang di stadium merdeka yang digunakan sebagai padang 'home' untuk pasukan KL. Untuk mengatasi masalah ini, saya cadang setiap pasukan buat kedai mereka sendiri di stadium home mereka untuk menjual barang-barang yang berkaitan dengan team mereka seperti jersi, t-shirt dan lain-lain. Dalam masa sama ini dapat menjana pendapatan pasukan dan dapat digunakan untuk menyediakan padang yang standard untuk setiap pasukan liga M. Juga dicadangkan buat online shop untuk setiap pasukan supaya mudah orang beli. Laman web FAM (http://www.fam.org.my/) pon seperti boleh dibaiki lagi.


7. Harap FAM sedar akan hal ini kerana liga tempatan yang berkualiti mampu meningkatkan mutu pasukan kebangsaan. Ditambah pula tumpuan peminat bolasepak sekarang dapat dilihat lebih tertumpu pada liga M, tidak seperti dulu yang mana lebih tertumpu kepada EPL. Antara faktor tumpuan peminat dulu terarah kepada EPL ialah kerana kualiti siaran yang baik, menarik, walaupon sebenarnya perlawanan itu biasa sahaja, tetapi jurukameranya kreatif. Bila siaran menarik, mampu menarik minat penonton, penaja dan sekaligus boleh menambah pendapatan FAM dan pasukan-pasukan yang bertanding. Cuma perlu diingat jangan jadikan Liga kita semakin mahal untuk ditonton seperti di EPL, nak tengok di TV kena bayar semakin mahal, harga tiket di stadium pon bertambah mahal, hal ini mungkin juga boleh jadi penyebab minat peminat pada EPL seperti berkurang. Bak kata Hafizal Hamad, ini liga kita, ini rumah kita. Jadikanlah ianya bertambah baik.

WAllahua'lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin