Tuesday, November 4, 2014

Petikan Akhbar BHOnline 3/11/2014 - Sekolah Memandu Tak Peduli JPJ

http://www.bharian.com.my/node/15250

KUALA LUMPUR: Kebanyakan sekolah dan institut memandu di negara ini didapati meletakkan caj untuk lesen memandu jauh lebih tinggi daripada harga siling yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak dua bulan lalu.
Malah, tanpa mempedulikan surat pekeliling yang dikeluarkan JPJ, sekolah memandu berkenaan juga menaikkan harga ke tahap yang begitu tinggi berbanding harga lama, iaitu sebelum harga siling diperkenalkan mulai 1 September lalu.
Tinjauan BH mendapati perbezaan harga ketara berlaku membabitkan lesen motosikal kelas B2 (bawah 250cc), yang mana harga siling ditetapkan JPJ ialah sebanyak RM350, sedangkan ada yang meletakkan harga sehingga RM700.


Harga siling lesen memandu yang ditetapkan JPJ

Motosikal B2: RM350
Motosikal B: RM900
Kereta Kelas D: RM1150

Jadi, jika ada jumpa kelas memandu yang caj lebih dari harga siling, beritahu JPJ di talian berikut:
03-83159200 atau 03-88866400 

Harap pihak JPJ ambil serius hal ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

LinkWithin